Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PASUKAN KESELAMATAN SAUDI TAHAN 20 INDIVIDU BAWA JEMAAH HAJI TANPA KEBENARAN

DUNIA

PASUKAN KESELAMATAN SAUDI TAHAN 20 INDIVIDU BAWA JEMAAH HAJI TANPA KEBENARAN

Pasukan keselamatan haji Arab Saudi di pintu masuk ke Makkah menahan 20 individu terdiri daripada lima ekspatriat dan 15 warganegara kerana melanggar peraturan haji dengan membawa 94 jemaah tanpa permit sah.

Gambar ARKIB. Sumber: AFP

MAKKAH: Pasukan keselamatan haji Arab Saudi di pintu masuk ke Makkah menahan 20 individu terdiri daripada lima ekspatriat dan 15 warganegara kerana melanggar peraturan haji dengan membawa 94 jemaah tanpa permit sah.

Menurut Agensi Akhbar Saudi (SPA), Kementerian Dalam Negeri telah memulakan tindakan pentadbiran terhadap semua pihak yang terlibat termasuk pemandu, rakan subahat serta jemaah tanpa kebenaran.

Langkah-langkah dikenakan termasuk hukuman penjara, denda sehingga SR100,000 serta penyiaran identiti pesalah secara terbuka. 

Warga asing yang terlibat akan dihantar pulang selepas tamat hukuman dan dilarang memasuki Arab Saudi selama 10 tahun. 

Kenderaan yang digunakan juga akan dirampas.

Kementerian turut mengingatkan bahawa sesiapa yang cuba menunaikan haji tanpa permit akan dikenakan denda sehingga SR20,000.

Kementerian Dalam Negeri menyeru semua rakyat dan penduduk supaya mematuhi peraturan dan arahan haji secara tegas, bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua jemaah dalam melaksanakan ibadah suci itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading