Connect with us

ALHIJRAH NEWS

WANITA WARGA EMAS CEDERA DISAMUN KETIKA KE MASJID

DALAM NEGARA

WANITA WARGA EMAS CEDERA DISAMUN KETIKA KE MASJID

Kejadian berlaku pada 5.35 pagi dan mangsa berusia 62 tahun didatangi suspek yang menumbuk pipi kiri mangsa dua kali sebelum meragut gelang dari tangan kanannya.

DUNGUN: Seorang wanita warga emas cedera selepas ditumbuk lelaki yang meragut gelang tangan emasnya semasa berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat Subuh di Kampung Sura, semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata kejadian berlaku pada 5.35 pagi dan mangsa berusia 62 tahun didatangi suspek yang menumbuk pipi kiri mangsa dua kali sebelum meragut gelang dari tangan kanannya.

“Suspek melarikan diri dengan motosikal biru yang berdekatan lokasi kejadian.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan pada bahagian pipi dan bibir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ab Halim berkata polis menerima laporan kejadian itu pada 6.43 pagi semalam.

Beliau berkata polis giat menjalankan siasatan bagi mengesan suspek termasuk mengambil keterangan saksi serta menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top