AGIHAN BANTUAN ISRAEL ‘PERANGKAP MAUT’, 50 WARGA GAZA DIBUNUH KETIKA DAPATKAN BANTUAN KEMANUSIAAN
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa hampir 50 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 200 lagi cedera apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang sedang mendapatkan bantuan kemanusiaan berhampiran pusat agihan di bandar Rafah, selatan Gaza, pada Ahad.
Penduduk Palestin berlari selepas orang ramai cedera dalam serangan dron Israel yang dilaporkan. (AFP)
ANKARA: Mekanisme pengagihan bantuan yang diwujudkan Israel kini menjadi “perangkap maut” bagi orang awam yang kelaparan di Semenanjung Gaza, kata Ketua Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Philippe Lazzarini pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa hampir 50 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 200 lagi cedera apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang sedang mendapatkan bantuan kemanusiaan berhampiran pusat agihan di bandar Rafah, selatan Gaza, pada Ahad.
Menurut saksi, orang ramai telah berkumpul sejak awal pagi di pusat agihan bantuan dikendalikan oleh Gaza Humanitarian Foundation, sebuah organisasi Amerika Syarikat (AS) yang disokong Israel.
Saksi turut memaklumkan bahawa ketika orang ramai menghampiri lokasi itu, kenderaan tentera Israel melepaskan tembakan dan dron menggugurkan bahan letupan, menyebabkan jumlah korban yang tinggi.
Seorang pegawai perubatan menyifatkan keadaan di sekitar pusat agihan bantuan itu sebagai “amat berbahaya,” sambil menjelaskan bahawa ambulans menghadapi kesukaran untuk sampai ke lokasi kerana tembakan yang berterusan. Sebahagian mangsa dipindahkan menggunakan pedati.
Pada masa sama, saksi berkata tentera Israel turut melepaskan tembakan ke arah orang awam yang menghampiri sebuah lagi pusat bantuan Amerika berhampiran Koridor Netzarim di tengah Gaza.
Menurut sumber perubatan di Hospital Al-Awda di kem pelarian Nuseirat, sekurang-kurangnya seorang rakyat Palestin terbunuh dan 20 lagi cedera apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang ramai berhampiran kem pelarian Bureij.
“Pengagihan bantuan telah menjadi perangkap maut,” kata Lazzarini dalam satu kenyataan.
Israel telah merancang untuk menubuhkan empat pusat agihan bantuan di selatan dan tengah Gaza, yang menurut media Israel bertujuan memindahkan penduduk Palestin dari utara ke selatan wilayah itu.
“Sistem yang mengaibkan ini telah memaksa ribuan penduduk yang kelaparan dan terdesak berjalan sejauh puluhan batu ke kawasan yang hampir musnah sepenuhnya akibat pengeboman tentera Israel,” katanya.
“Penghantaran dan pengagihan bantuan mesti dilaksanakan secara menyeluruh dan selamat. Di Gaza, perkara ini hanya boleh dilakukan melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk UNRWA,” tambah beliau.
Ketua UNRWA itu turut menggesa Israel supaya menamatkan sekatannya ke atas Gaza dan membenarkan PBB mendapat akses selamat dan tanpa halangan bagi membawa masuk serta mengagihkan bantuan kemanusiaan.
“Ini satu-satunya cara untuk mengelakkan kebuluran besar-besaran, termasuk dalam kalangan satu juta kanak-kanak,” katanya.
“Dengan pelbagai naratif bersaing dan kempen penyelewengan maklumat yang giat dijalankan, media antarabangsa mesti dibenarkan memasuki Gaza untuk melaporkan secara bebas mengenai kekejaman yang sedang berlaku, termasuk jenayah kejam pagi ini.”
Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, sekurang-kurangnya 49 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 305 lagi cedera akibat tembakan Israel berhampiran pusat agihan bantuan sejak mekanisme agihan itu bermula pada 27 Mei lalu. –AlHijrah Online
(AFP)
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager