Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CUACA PANAS: JUALAN TEMBIKAI LARIS HINGGA 24 TAN SEHARI

UTAMA

CUACA PANAS: JUALAN TEMBIKAI LARIS HINGGA 24 TAN SEHARI

Rezeki seorang peniaga tembikai di Bandar Baru, di sini, melimpah ruah ketika musim panas ini apabila jualannya laris hingga mencecah 24 tan sehari.

Pengusaha Zuhairi Hashim, 34, (tengah) bersama ahli keluarganya menunjukkan tembikai yang dijual pada harga RM0.80 sekilogram di Bandar Baru, di sini hari ini. — fotoBERNAMA

GUA MUSANG: Rezeki seorang peniaga tembikai di Bandar Baru, di sini, melimpah ruah ketika musim panas ini apabila jualannya laris hingga mencecah 24 tan sehari.

Zuhairi Hashim, 34, berkata sejak sebulan lalu dia mula menjual buah tembikai boci (tembikai merah) gred B pada harga serendah 80 sen sekilogram (kg) manakala gred A pada harga RM1.20 sekilogram. 

Katanya dia dapat menawarkan harga yang rendah kerana bekalan tembikai diambil secara pukal dari Kelantan dan Terengganu. 

“Harga murah kerana buah diambil terus dari ladang, saya berurusan secara langsung dengan peladang atau orang panggil pajak daripada ladang.

 Saya sanggup jelajah dua negeri ini dan dapat berurusan dengan peladang di Dabong, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, dan Setiu, Terengganu. 

“Alhamdulillah, memang ramai orang datang membeli dan dalam musim panas ini saya dapat buat jualan antara 12 hingga 24 tan sehari,” katanya ditemui pemberita hari ini.

Zuhairi berkata dia mula berniaga pada 8 pagi hingga 10 malam dengan dibantu isteri dan ahli keluarga yang lain. 

Menurutnya kebanyakan pelanggan yang datang tidak melepaskan peluang harga murah yang ditawarkan dan biasanya mereka akan membeli secara borong untuk dijadikan sajian yang menyegarkan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri. 

Dia berkata harga buah tembikai yang murah menyebabkan pelanggan tidak takut untuk membeli,  berbanding dulu harganya agak mahal iaitu RM4.50 sekilogram. 

“Sekarang pelanggan sudah dapat membeli secara borong, mereka tidak banyak fikir terus buka but kereta dan masukan buah tembikai yang diborong.

“Malah, baru-baru ini seorang pelanggan dari Sepang, Selangor telah borong sebanyak lima tan dan kami sendiri menghantarnya,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading