LELAKI OKU DIDAKWA TEMBAK POLIS, MILIKI SENJATA API DAN DADAH
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Sesyen, atas tujuh pertuduhan menembak polis serta memiliki senjata api dan dadah.
KOTA TINGGI: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Sesyen, di sini, atas tujuh pertuduhan menembak polis serta memiliki senjata api dan dadah.
Muhamad Firdaus Paiman, 35, yang kudung kaki kiri dan berkaki besi mengaku bersalah atas enam pertuduhan.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, bapa anak dua itu mengaku bersalah memiliki sepucuk pistol jenis Beretta Gardone VT, selaras senapang patah buatan sendiri, tiga butir peluru jenis Kartus 12 Bore dan empat butir peluru jenis 9mm tanpa lesen senjata.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di tepi Masjid Al-Ikhwan Gugusan Felda Adela, Pengerang, dekat sini pada 1 pagi, 10 Mei lepas.
Tukang kebun itu juga mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki selaras senapang angin buatan sendiri dan sebutir peluru jenis Kartus 12 Bore tanpa lesen senjata, pada 2.30 pagi hari yang sama di sebuah rumah di Felda Tunggal, dekat sini.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat tidak kurang daripada enam kali dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960, yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Hakim Sazlina Safie menetapkan 15 Jun ini untuk serahan dokumen, laporan kimia dan menjatuhkan hukuman.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Di Mahkamah Majistret, tertuduh menghadapi satu pertuduhan melepaskan tembakan ke atas seorang anggota polis dan dua pertuduhan memiliki dadah.
Muhamad Firdaus didakwa telah melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kecederaan terhadap Lans Koperal Mohd Shafiq Nazrin Razali bagi menghalang penangkapannya di bulatan Lotus Desaru Bandar Penawar, Pengerang pada 3.35 petang 7 Jun 2016.
Bagi pertuduhan ini tiada pengakuan direkodkan kerana kes melibatkan hukuman mati di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Dia didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang jika sabit kesalahan membawa hukuman mati.
Muhamad Firdaus mengaku bersalah memiliki dadah jenis nimetazepam seberat 0.44 gram dan kanabis seberat 0.9 gram di tepi jalan Masjid Jamek Al-Ikhwan, Gugusan Felda Adela, pada 1 pagi 10 Mei lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya dan Seksyen 6 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Khairuddin Khalid.
Majistret Rashidah Baharom menetapkan 6 Julai untuk sebutan semula kes dan memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Majistret, Pengerang.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager