POLIS KESAN INDIVIDU TERBANGKAN DRON DI ISTANA JOHOR
Polis Johor sedang mengesan individu atau pihak tertentu yang menerbangkan dron di sekitar kawasan istana dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, 10 Mei lepas.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil IPK hari ini. Turut sama Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat (depan, kanan). –fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang mengesan individu atau pihak tertentu yang menerbangkan dron di sekitar kawasan istana di negeri ini dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, 10 Mei lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata menerbangkan dron di kawasan larangan tanpa kebenaran seperti di istana dan lapangan terbang menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 7 Akta Kawasan Larangan 1959.
“Ada beberapa percubaan dron diterbangkan dan pihak polis sedang mengesan mereka selepas menerima laporan kejadian itu pada minggu lepas. Polis Johor telah memanggil Unit Dron Bukit Aman dengan segera untuk membuat pemantauan.”
“Dron itu dipercayai lalu terbang di atas Istana Johor dan ini memang salah kerana memasuki kawasan larangan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Dewan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor di sini hari ini.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya mematuhi peraturan yang telah digariskan dalam penggunaan dron termasuk tidak menerbangkan peralatan itu melebihi 500 meter atau lebih tinggi daripada itu.
Ditanya mengenai kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang mendedahkan ada Ketua Polis Daerah (KPD) tidak berpuas hati apabila Bukit Aman menyerbu premis judi dalam talian, Kamarul Zaman berkata perkara itu tidak berlaku di Johor.
Menurut beliau, 13 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti perjudian termasuk dalam talian, selain pihaknya setiap hari turut menjalankan operasi dan mengambil tindakan tegas terhadap kes itu.
Tambah beliau, berdasarkan jumlah statistik operasi perjudian dalam talian yang dilaksanakan, polis Johor adalah yang tertinggi antara semua kontinjen pada tahun ini dan beberapa tahun kebelakangan ini.
“Tindakan tegas diambil setiap hari oleh KPD dan saya di IPK pun memantau tindakan yang dilakukan oleh semua pegawai dan anggota terutamanya Bahagian Siasatan Jenayah di daerah supaya diambil tindakan tegas,” katanya.
Pada Isnin lepas, Ayob Khan dilaporkan berkata KPD di seluruh negara diingatkan agar jangan menjadikan “Surat Aku Janji” tiada sebarang aktiviti judi di daerah pentadbiran masing-masing sebagai “kertas tisu”.
Ayob Khan dipetik berkata hal ini kerana beliau menerima maklumat bahawa ada dalam kalangan KPD kontinjen Kuala Lumpur tidak berpuas hati apabila diminta untuk menghantar Task Force D7 JSJ Bukit Aman untuk mengambil tindakan ke atas premis judi dalam talian.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests