Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DADAH BERNILAI LEBIH RM700,000 DIRAMPAS, TIGA INDIVIDU TERMASUK PASANGAN KEKASIH DITAHAN

DALAM NEGARA

DADAH BERNILAI LEBIH RM700,000 DIRAMPAS, TIGA INDIVIDU TERMASUK PASANGAN KEKASIH DITAHAN

Polis berjaya menahan tiga individu termasuk pasangan kekasih dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM700,000 dalam serbuan berasingan di sini pada 21 Ogos lalu.

KAJANG: Polis berjaya menahan tiga individu termasuk pasangan kekasih dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM700,000 dalam serbuan berasingan di sini pada 21 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, serbuan pertama dibuat di sebuah rumah pada jam 5 petang dan berjaya menahan seorang wanita berusia 34 tahun yang tidak bekerja bersama teman lelakinya berusia 32 tahun yang bekerja sendiri.

“Dalam serbuan itu empat bungkusan dadah jenis ganja telah ditemui dengan anggaran berat 364 gram bernilai kira-kira RM700,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada Rabu.

Sementara itu pada hari yang sama, satu lagi serbuan dibuat sekitar jam 9 malam ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 34 tahun.

“Selepas pemeriksaan dilakukan, pihak polis menemui tiga bungkusan ganja dengan berat 235 gram bernilai RM500.

“Hasil soal siasat terhadap lelaki terbabit kemudian mendedahkan lokasi simpanan bekalan dadah yang dipercayai untuk tujuan pengedaran iaitu di sebuah rumah di Petaling Jaya,” tambahnya.

Hasil maklumat itu, tindakan lanjut bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya menyerbu lokasi berkenaan dan berjaya merampas dadah melibatkan 22.2 kilogram ganja, 3.35 kilogram pil ekstasi, 267 gram serbuk methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dan 34 gram ketamin.

“Saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) dan semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Semua suspek telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tambahnya, dua suspek lelaki telah dituduh di mahkamah manakala seorang suspek wanita menjadi saksi pendakwaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading