DESAK TINDAKAN TEGAS KE ATAS ISRAEL, HUBUNGAN DIPLOMATIK & PERDAGANGAN PERLU DIHENTIKAN – PM ANWAR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendesak tindakan hukuman tegas dikenakan terhadap Israel, sambil mengecam sekeras-kerasnya serangan udara terbaharu rejim itu ke atas Doha, ibu negara Qatar, serta pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza.
DOHA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendesak tindakan hukuman tegas dikenakan terhadap Israel, sambil mengecam sekeras-kerasnya serangan udara terbaharu rejim itu ke atas Doha, ibu negara Qatar, serta pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza.
Anwar menegaskan perlunya langkah tegas dan muktamad diambil, dengan menyatakan kecaman semata-mata tidak akan mampu menghentikan bedilan peluru berpandu dan kenyataan demi kenyataan tidak akan membebaskan Palestin.
“Tindakan punitif yang tegas mesti dilaksanakan. Segala bentuk hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel perlu dihentikan,” katanya tegas ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam yang berlangsung di ibu negara Qatar, malam ini.
Perdana Menteri menyifatkan pengeboman secara membuta tuli ke atas ibu negara sebuah negara berdaulat itu sebagai tidak berperikemanusiaan, kejam dan tidak dapat dipertahankan, sambil menegaskan ia merupakan satu pencerobohan terhadap kedaulatan Qatar, pelanggaran undang-undang antarabangsa serta tindakan provokatif melampau yang mengancam keselamatan rantau ini.
Anwar berkata tahap kebiadaban ini lebih membimbangkan kerana Qatar selama ini memainkan peranan penting sebagai perantara damai di rantau berkenaan di bawah pimpinan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani yang sentiasa berusaha gigih dan penuh kebijaksanaan memupuk dialog serta perdamaian.
“Untuk menyerang Qatar adalah perbuatan mensabotaj secara terang-terangan segala usaha ke arah keamanan. Serangan ini mesti dianggap sebagai serangan terhadap kita semua,” katanya.
Anwar menegaskan serangan Israel itu adalah tindakan pencerobohan terancang yang menunjukkan tiada negara akan dikecualikan dalam usaha rejim Zionis mencapai agenda mereka.
Beliau turut menzahirkan rasa kesal terhadap penderitaan berterusan di Gaza, dengan keluarga yang musnah, hospital dibedil sehingga tinggal runtuhan, dan kanak-kanak tertimbus di bawah serpihan bangunan.
“Di Tebing Barat, dasar penjajahan dan perampasan tanah diteruskan tanpa henti. Kebiadaban ini turut merebak dengan serangan dan pengeboman di Lubnan, Syria, Yemen dan Iraq, malah turut menyasarkan Iran.
“Corak tindakan yang melampaui undang-undang ini jelas menunjukkan penghinaan terhadap asas ketamadunan dan peraturan antarabangsa,” katanya.
Anwar berkata Israel secara terbuka mengisytiharkan Palestin tidak akan pernah diiktiraf sebagai sebuah negara, tindakan yang disifatkannya sebagai pengisytiharan dasar aparteid kekal dan penolakan terhadap semua resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta hak penentuan nasib sendiri rakyat Palestin.
Dalam ucapannya kepada para pemimpin, Anwar menekankan bahawa negara-negara yang mempunyai hubungan istimewa dengan Amerika Syarikat turut memikul tanggungjawab besar dalam menangani krisis ini.
“Ketika Amerika mahu berdialog dengan Iran, Israel membalasnya dengan bom. Ketika Washington menggalakkan usaha perantaraan dengan Hamas, Israel menyerang di Doha,” katanya.
Perdana Menteri turut menarik perhatian terhadap sebuah flotila yang kini sedang belayar menuju Gaza membawa bantuan kemanusiaan dan bukannya senjata.
“Ini adalah misi kemanusiaan dan kita mesti melakukan segala usaha bagi memastikan ia sampai ke Gaza. Membiarkannya dihalang dengan kekerasan adalah satu pengkhianatan terhadap amanah hati nurani kita… untuk mempertahan yang lemah, melindungi yang tertindas dan memberi makan kepada yang kelaparan,” katanya.
Anwar menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa itu atas jemputan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, susulan perkembangan terkini melibatkan serangan Israel ke atas negara berkenaan.
Beliau diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan; serta pegawai kanan Kementerian Luar.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan...
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.