Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM ANWAR GESA FLOTILA BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DIBERI LALUAN SELAMAT

DALAM NEGARA

PM ANWAR GESA FLOTILA BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DIBERI LALUAN SELAMAT

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kumpulan flotila yang membawa bantuan kemanusiaan dalam pelayaran ke Gaza diberi laluan selamat serta tidak dihalang atau diserang.

DOHA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kumpulan flotila yang membawa bantuan kemanusiaan dalam pelayaran ke Gaza diberi laluan selamat serta tidak dihalang atau diserang.

Ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di sini, hari ini, Anwar menegaskan bahawa flotila itu bukan membawa senjata, sebaliknya membawa harapan bantuan kepada penduduk Gaza yang sedang dikepung.

“Ini ialah misi kemanusiaan dan kita mesti melakukan segala yang termampu bagi memastikan ia sampai ke destinasi.

“Jika ia dihalang dengan keganasan, ia bermakna kita mengkhianati amanah nurani kita untuk mempertahankan golongan lemah, melindungi yang tertindas serta memberi makanan kepada yang kelaparan,” katanya.–AlHijrah Online

Konvoi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kini sedang merentasi Laut Mediterranean, membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan menuju ke pesisir Gaza.

Misi berkenaan melibatkan lebih 50 kapal dengan penyertaan sukarelawan dari 44 negara, bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan berupa makanan dan ubat-ubatan ke wilayah yang dikepung itu.

Anwar merupakan penaung Sumud Nusantara, salah satu kumpulan yang menyertai misi berkenaan dan menghimpunkan kapal serta sukarelawan dari seluruh dunia.

Malaysia turut diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Ardell Aryana.

Pada 10 Sept lepas, kapal induk Family diserang dron ketika berlabuh di Sidi Bou Said, Tunisia, disusuli serangan terhadap kapal Alma pada malam Selasa.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kedua-dua insiden itu.

Sabtu lepas, koresponden Anadolu melaporkan konvoi awal kapal GSF berlepas dari Pelabuhan Bizerte di Tunisia menuju ke Semenanjung Gaza.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading