KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
KWSP mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.3 peratus untuk akaun simpanan konvensional dan Syariah bagi 2024.
Mohd Afzanizam berkata berdasarkan prestasi KWSP bagi tempoh sembilan bulan 2025, yang merekodkan peningkatan 11 peratus dalam pendapatan pelaburan kasar, dana persaraan itu kekal berada pada landasan untuk pembayaran dividen yang memberangsangkan bagi tahun berkenaan.
“Kriteria pemilihan pelaburan KWSP yang konservatif dan bertanggungjawab telah membolehkannya mengoptimumkan keseimbangan antara risiko dan pulangan.
“Pendedahannya kepada pasaran global berjumlah kira-kira 38 peratus serta peruntukan yang lebih besar kepada aset pendapatan tetap menawarkan gabungan aset yang seimbang dan kepelbagaian geografi.
“Ini sekali gus membantu meminimumkan risiko portfolio dan pada masa sama memaksimumkan pulangan pelaburan,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata sehingga suku ketiga 2025, ekuiti dan pendapatan tetap masing-masing merangkumi 46 peratus dan 45 peratus daripada jumlah aset KWSP, diikuti hartanah dan infrastruktur sebanyak tujuh peratus serta instrumen pasaran wang sebanyak dua peratus.
“Setiap kelas aset mempunyai tujuan yang tersendiri dalam portfolio. Ekuiti khususnya bertujuan untuk meningkatkan modal manakala instrumen pendapatan tetap menawarkan pengekalan modal dan instrumen pasaran wang yang menyokong pengurusan mudah tunai,” katanya.
Mohd Afzanizam berkata lazimnya ekuiti mempunyai premium risiko yang lebih tinggi manakala instrumen pendapatan tetap dan pasaran wang menunjukkan risiko yang rendah.
Langkah ini membolehkan KWSP untuk mengoptimumkan portfolionya bagi pulangan yang lebih baik dan pada masa sama menguruskan risiko dengan berkesan.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA Dr Juliana Mohamed Abdul Kadir berkata strategi KWSP untuk mempelbagaikan kelas asetnya di samping pelaburan di dalam dan luar negara banyak membantu dalam mencapai kadar dividen yang lebih tinggi.
“Selain itu, pasaran ekuiti terus mengukuh seperti yang dilihat apabila KWSP meningkatkan pegangan sahamnya dalam IJM Corporation Bhd kepada 20.4 peratus sekali gus menjadikannya pemegang saham terbesar dalam syarikat pembinaan itu.
“Pengukuhan ringgit berbanding mata wang lain turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan pelaburan negara,” katanya.
Juliana menekankan bahawa faktor seperti perubahan dalam kadar faedah global, kestabilan mata wang dan ketidakpastian geopolitik termasuk pelarasan kepada kadar tarif dan dasar perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat boleh menjejaskan pulangan dan sentimen pasaran.
Beliau berkata pertumbuhan pesat segmen bekerja sendiri yang kini melebihi tiga juta individu, selaras dengan perubahan struktur dalam pasaran buruh seperti pekerja gig yang meningkat menjadi faktor penting di sebalik peningkatan caruman sukarela.
“Saya menjangkakan dividen mungkin bergerak dalam julat 5.5 hingga 6.5 peratus dalam tempoh beberapa tahun akan datang, dengan turun naik adalah bergantung kepada prestasi pasaran global dan kecekapan strategi pelaburan KWSP,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.