Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KAPAL TENTERA IRAN DISERANG TORPEDO AS, LEBIH 80 MAYAT DITEMUI

FOTO: AFP

DUNIA

KAPAL TENTERA IRAN DISERANG TORPEDO AS, LEBIH 80 MAYAT DITEMUI

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menyifatkan serangan tersebut sebagai satu bentuk kekejaman dan pencabulan undang-undang antarabangsa memandangkan kapal itu membawa hampir 130 kelasi dan merupakan tetamu kepada Tentera Laut India.

Foto: AFP

NEW DELHI: Dunia dikejutkan dengan insiden ketenteraan maritim yang dahsyat apabila kapal frigat tentera laut Iran, Dena, karam di perairan antarabangsa berhampiran Sri Lanka selepas terkena serangan torpedo Amerika Syarikat.

Serangan itu turut disahkan Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth.

Insiden ini telah menyebabkan kehilangan nyawa yang besar dan mencetuskan kemarahan luar biasa daripada Tehran.

Tentera Laut dan Tentera Udara Sri Lanka telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran selepas menerima isyarat kecemasan daripada kapal tersebut kira-kira 40km (25 batu) dari pantai mereka.

32 kelasi berjaya diselamatkan manakala lebih 80 mayat ditemui.

Pasukan penyelamat melaporkan tiada serpihan besar kapal yang kelihatan di permukaan air, menunjukkan kapal tersebut karam dengan pantas ke dasar laut.

Kapal Dena dilaporkan dalam perjalanan pulang selepas menyertai International Fleet Review 2026 di Visakhapatnam, India

Sementara itu, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menyifatkan serangan tersebut sebagai satu bentuk kekejaman dan pencabulan undang-undang antarabangsa memandangkan kapal itu membawa hampir 130 kelasi dan merupakan tetamu kepada Tentera Laut India.

“AS telah melakukan kekejaman di laut, 2,000 batu jauhnya dari pantai Iran. Frigat Dena telah diserang di perairan antarabangsa tanpa amaran. Ingat kata-kata saya, AS akan menyesal” kata Araghchi menerusi platform X.

Serangan tanpa amaran ini dijangka akan meningkatkan ketegangan di koridor maritim utama. Pihak berkuasa India dan Sri Lanka kini berada dalam keadaan berjaga-jaga memandangkan insiden itu berlaku di laluan perdagangan yang sibuk dan melibatkan aset tentera yang baru sahaja menyertai latihan persahabatan antarabangsa. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading