Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RIADAH HARI GAWAI BERTUKAR TRAGEDI LEMAS DI EMPANGAN BATANG AI

DALAM NEGARA

RIADAH HARI GAWAI BERTUKAR TRAGEDI LEMAS DI EMPANGAN BATANG AI

Kegembiraan menyambut Hari Gawai dan cuti sekolah bertukar tragedi apabila seorang lelaki ditemukan lemas ketika beriadah bersama keluarganya di kawasan Empangan Batang Ai, Lubok Antu, semalam.

Kuching: Kegembiraan menyambut Hari Gawai dan cuti sekolah bertukar tragedi apabila seorang lelaki ditemukan lemas ketika beriadah bersama keluarganya di kawasan Empangan Batang Ai, Lubok Antu, semalam.

Mangsa, Rudie Lan, 31, ditemukan oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 9.41 malam di kedalaman kira-kira lima meter, dalam radius satu meter dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis pada jam 9.55 malam untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.08 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.05 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikerahkan ke lokasi.

Siasatan awal berdasarkan maklumat pengadu mendapati mangsa sedang beriadah bersama ahli keluarganya sebelum dipercayai terjun ke dalam empangan untuk mandi.

Bagaimanapun, mangsa gagal dikesan selepas itu, menyebabkan operasi SAR dilancarkan sehingga mayatnya berjaya ditemukan beberapa jam kemudian. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading