Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SIAPA LANCAR PELURU BERPANDU KE TURKIYE?

FOTO: AFP

DUNIA

SIAPA LANCAR PELURU BERPANDU KE TURKIYE?

Iran menafikan sebarang pelancaran peluru berpandu ke arah Turkiye dan menegaskan komitmen mereka terhadap kedaulatan negara jiran.

Foto: AFP

TEHRAN: Iran menafikan sebarang pelancaran peluru berpandu ke arah Turkiye dan menegaskan komitmen mereka terhadap kedaulatan negara jiran.

“Angkatan tentera Republik Islam Iran menghormati kedaulatan negara jiran dan sahabat, Turkiye, dan menafikan sebarang pelancaran peluru berpandu ke arah wilayah negara tersebut.”

Menurut Kementerian Pertahanan Turkiye, insiden tersebut berlaku pada hari Rabu apabila sebutir peluru berpandu balistik dikesan terbang merentasi ruang udara Iraq dan Syria sebelum menuju ke arah Turkiye.

Peluru berpandu itu bagaimanapun berjaya dipintas sistem pertahanan NATO.

Serpihan pintasan dilaporkan jatuh di daerah Dörtyol, wilayah Hatay, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Presiden Recep Tayyip Erdogan menyatakan bahawa Turkiye sedang mengambil “semua langkah berwaspada” dan memberikan amaran keras bagi mengelakkan insiden serupa berulang.

Terdahulu, UAE mengutuk keras tindakan tersebut dan menegaskan bahawa peluasan serangan ke negara -negara tambahan adalah sesuatu yang tidak dapat diterima di bawah semua norma undnag-undang dan politik.

Insiden ini berlaku di tengah-tengah konflik yang semakin meluas antara Iran dengan Amerika Syarikat dan Israel. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading