Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA CEDERA KEMALANGAN PESAWAT RINGAN DEKAT LAPANGAN TERBANG TEKAH

DALAM NEGARA

DUA CEDERA KEMALANGAN PESAWAT RINGAN DEKAT LAPANGAN TERBANG TEKAH

Dua lelaki cedera selepas pesawat ringan jenis Microlight terlibat kemalangan di kawasan lapang berhampiran Lapangan Terbang Tekah, Taiping semalam.

Sumber: Polis Perak

IPOH: Dua lelaki cedera selepas pesawat ringan jenis Microlight terlibat kemalangan di kawasan lapang berhampiran Lapangan Terbang Tekah, Taiping semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata pihaknya dimaklumkan kejadian pada 10.30 pagi melalui sistem NG MERS 999. 

“Juruterbang berusia 46 tahun dan pelatih 40 tahun yang cedera dibawa ke Hospital Taiping dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Pesawat didapati mendarat secara kecemasan kerana kerosakan enjin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nasir berkata pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemantauan dan penilaian awal sejurus menerima maklumat.

“Polis akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa termasuk menyalurkan maklumat kepada agensi berkaitan bagi memastikan tindakan kawalan risiko dan keselamatan penduduk sekitar dilaksanakan secara berkesan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading