DUA LELAKI DITEMBAK DI KUALA TERENGGANU SUSPEK UTAMA KES BUNUH, SINDIKET EDAR DADAH
Menurut Rohaimi, dengan tertumpasnya kedua-dua penjenayah terbabit, polis berjaya menyelesaikan kes seorang lelaki berusia 41 tahun yang ditembak mati di tepi jalan Kampung Pasir Tinggi, Hulu Terengganu pada 5 Mac lepas.
KUALA TERENGGANU: Dua lelaki yang maut ditembak polis di Kampung Simpang Tokku di sini Selasa lepas, merupakan suspek utama satu kes bunuh dan anggota sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di negeri ini sejak 10 tahun lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata polis telah mengenal pasti identiti kedua-dua suspek yang ditembak iaitu lelaki tempatan dikenali sebagai ‘Nuar Taman’ berusia 29 tahun berasal dari daerah ini, manakala seorang lagi ‘Pendi Buaya’ berusia 25 tahun dari Marang.
“Seorang suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala seorang lagi mempunyai 11 rekod jenayah lampau juga berkaitan dada. Mereka ini memang terkenal dalam kalangan penagih dadah di negeri ini termasuk di kawasan Felda,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Terengganu dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.
Bekas KJSJ negeri, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, manakala bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Suffian Sulaiman dilantik menggantikan tempat Marzukhi.
Menurut Rohaimi, dengan tertumpasnya kedua-dua penjenayah terbabit, polis berjaya menyelesaikan kes seorang lelaki berusia 41 tahun yang ditembak mati di tepi jalan Kampung Pasir Tinggi, Hulu Terengganu pada 5 Mac lepas.
“Berdasarkan siasatan polis, mereka berdua ini adalah suspek terlibat dalam kes tembak (di Pasir Tinggi) tersebut,” katanya.
Katanya lagi, selepas kejadian tembak-menembak antara Nuar Taman dan Pendi Buaya dengan polis Selasa lepas, pihaknya merampas dua pucuk revolver .38 dan beberapa butir peluru di dalam kereta yang digunakan suspek.
“Polis juga menjumpai 20 peket plastik dadah disyaki syabu berat lebih 1,000 gram dan 14 botol kecil heroin berat lebih 67 gram, dan jumlah keseluruhan dadah ini membawa kepada kes 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya.
Sementara itu, Rohaimi berkata pihaknya juga telah mengarahkan semua ketua polis daerah untuk melakukan pemantauan terhadap penjualan mercun dan bunga api di daerah masing-masing bagi memastikan hanya jenis tertentu yang dibenarkan dijual kepada orang ramai.
“Penjualan kepada individu di bawah 18 tahun adalah satu kesalahan. Pemantauan akan dilaksanakan kerana kita tidak mahu ada insiden kecederaan atau kehilangan nyawa disebabkan kebakaran (mercun dan bunga api),” katanya. –AlHijrah Online
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.