Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA MAUT, 16 CEDERA DALAM KEMALANGAN BABIT BAS PERSIARAN, DUA LORI DI AYER HITAM

DALAM NEGARA

DUA MAUT, 16 CEDERA DALAM KEMALANGAN BABIT BAS PERSIARAN, DUA LORI DI AYER HITAM

JOHOR BAHRU: Dua lelaki maut manakala 16 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dan dua lori di Kilometer 80.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, Ayer Hitam di sini, tengah malam tadi. 

Sumber: JBPM Johor

JOHOR BAHRU: Dua lelaki maut manakala 16 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dan dua lori di Kilometer 80.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, Ayer Hitam di sini, tengah malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam Penolong Penguasa Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin berkata mangsa maut yang juga warga Indonesia dikenali sebagai Hidirman, 43, dan Zulhadi, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit. 

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.44 tengah malam, sebelum sebuah jentera ‘Fire Rescue Tender’ dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan tujuh anggota dari BBP Ayer Hitam serta Yong Peng digegaskan ke lokasi kejadian. 

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan bas persiaran, lori ‘tow truck’ dan lori tangki.

“Terdapat dua mangsa, iaitu penumpang bas yang tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian, manakala 16 yang lain cedera termasuk pemandu bas serta 28 lagi dilaporkan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohamad Shamin berkata PKO mangsa cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 3.03 pagi tadi.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading