Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NEGERI SEMBILAN LARANG MINUMAN KERAS DI TAMAN REKREASI, PANTAI AWAM SERTA-MERTA

DALAM NEGARA

NEGERI SEMBILAN LARANG MINUMAN KERAS DI TAMAN REKREASI, PANTAI AWAM SERTA-MERTA

Kerajaan Negeri Sembilan melarang aktiviti minum minuman keras di taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak dan padang serta pantai awam berkuat kuasa serta-merta.

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melarang aktiviti minum minuman keras di taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak dan padang serta pantai awam berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata tindakan itu bagi menghormati sensitiviti orang ramai yang mengunakan tempat tersebut untuk beriadah, dan penguatkuasaan akan dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta polis dengan kompaun maksimum sehingga RM 2,000 boleh dikenakan kepada mereka yang ingkar.

“Sebelum ini banyak aduan diterima berkenaan individu minum minuman keras di beberapa tempat tersebut secara terbuka dan membuang bekas minuman sesuka hati.

“Kita tidak menghalang. Mereka boleh minum (minuman keras) di mana-mana sahaja, di kedai atau tempat tertutup kecuali tempat dilarang sahaja,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan J.Arul Kumar berkata antara aduan diterima PBT ialah gangguan bising, pergaduhan dan botol minuman keras dipecah dan dibuang di kawasan tumpuan awam itu.

“Ada kanak-kanak dan orang awam tercedera (akibat botol minuman keras). Banyak padang, taman permainan, taman rekreasi serta pantai awam menjadi lokasi masyarakat beriadah dan bersenam, tetapi apabila dijadikan tempat minum minuman keras, masyarakat tidak mahu ke situ,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading