DUA PEGAWAI PENGUAT KUASA DITAHAN DI CIQ BSI, DISYAKI TERLIBAT KEGIATAN ‘FLYING PASSPORT’
Dua pegawai penguat kuasa ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini malam tadi kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah laku Flying Passport.
Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) CIQ BSI Roszita Dim berkata penahanan pegawai penguat kuasa lelaki berumur 31 tahun dan penyelia lelaki, 49, itu dilakukan pada 9 malam oleh pasukan Unit Pematuhan AKPS BSI.
JOHOR BAHRU: Dua pegawai penguat kuasa ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini malam tadi kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah laku Flying Passport.
Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) CIQ BSI Roszita Dim berkata penahanan pegawai penguat kuasa lelaki berumur 31 tahun dan penyelia lelaki, 49, itu dilakukan pada 9 malam oleh pasukan Unit Pematuhan AKPS BSI.
Beliau berkata pemantauan yang dilakukan kira-kira pukul 7.30 malam oleh pasukan Unit Pematuhan AKPS BSI telah mengesan beberapa kemasukan data pelawat yang meragukan melalui ID pengguna seorang pegawai yang bertugas di kaunter zon kereta.
“Unit Pematuhan turut mengesan data pelawat asing yang berada dalam kategori pelawat bermasalah yang memerlukan tindakan pembetulan ralat oleh penyelia bertugas.
“Selain itu, turut dikesan tindakan pelepasan ralat terhadap data pelawat bermasalah yang telah dilakukan melalui ID seorang penyelia yang bertugas di zon motosikal,” katanya dalam sidang media di CIQ BSI, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Roszita berkata hasil pemeriksaan yang dijalankan di kaunter kereta juga telah menemukan wang tunai berjumlah RM2,800 serta dua unit telefon bimbit dalam simpanan pegawai.
Beliau berkata menerusi soal siasat yang dijalankan, berjaya membawa kepada penemuan sejumlah 11 pasport warganegara China dan tiga pasport warganegara Indonesia di dalam sebuah beg berwarna hitam yang disembunyikan di atas siling kaunter berlainan.
“Unit Pematuhan AKPS BSI yang membuat pemeriksaan di kaunter penyelia zon motosikal turut menjumpai dua unit telefon bimbit yang seterusnya dirampas untuk siasatan lanjut.
“Kedua-dua pegawai terbabit telah ditahan dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kira-kira 10 pagi tadi untuk tindakan lanjut. Kes juga telah dilaporkan kepada Ketua Unit Integriti AKPS Putrajaya.
“Risikan dilakukan kira-kira seminggu, kita memang buat pemerhatian, sama ada kegiatan ini melibatkan sindiket atau tidak perkara itu masih dalam siasatan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan...
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked