Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DBKL BUKA SEMULA PENTAS PERHIMPUNAN DI DATARAN MERDEKA ATAS FAKTOR KESELAMATAN

DALAM NEGARA

DBKL BUKA SEMULA PENTAS PERHIMPUNAN DI DATARAN MERDEKA ATAS FAKTOR KESELAMATAN

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuka semula pentas utama yang digunakan dalam perhimpunan di Dataran Merdeka selepas didapati tidak memenuhi aspek keselamatan.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan berkata hasil pemeriksaan mendapati struktur pentas berkenaan dibina tanpa mengambil kira kapasiti sebenar individu yang berada di atasnya semasa acara berlangsung.

Sumber: Media Sosial

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuka semula pentas utama yang digunakan dalam perhimpunan di Dataran Merdeka selepas didapati tidak memenuhi aspek keselamatan.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan berkata hasil pemeriksaan mendapati struktur pentas berkenaan dibina tanpa mengambil kira kapasiti sebenar individu yang berada di atasnya semasa acara berlangsung.

“Pentas itu juga dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa dan tiada sebarang laporan atau maklumat diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan kapasiti serta keselamatannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam perbincangan awal antara PDRM dengan pihak penganjur sebelum acara berlangsung, kedua-dua pihak hanya bersetuju untuk menggunakan dua kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux sebagai pentas utama.

Susulan itu, pihak berkuasa sedang meneliti berlaku pelanggaran prosedur dan peraturan ditetapkan, termasuk mengambil tindakan terhadap penganjur sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang.

Perhimpunan itu melibatkan lima lokasi utama, iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan Kompleks SOGO, sebelum para peserta dijadualkan bergerak ke Dataran Merdeka.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading