PERKAMPUNGAN DI KEMBOJA DIKOSONGKAN, SEKOLAH DITUTUP SUSULAN KETEGANGAN SEMPADAN
Pertempuran berterusan antara tentera Kemboja dan Thailand di sepanjang sempadan memaksa ribuan penduduk di utara Kemboja melarikan diri sejak pertempuran tercetus pada pagi Khamis.
Komuniti luar bandar kini menjadi mangsa utama konflik yang kembali memuncak di kawasan sempadan yang masih dipertikaikan.
PHNOM PENH: Pertempuran berterusan antara tentera Kemboja dan Thailand di sepanjang sempadan memaksa ribuan penduduk di utara Kemboja melarikan diri sejak pertempuran tercetus pada pagi Khamis.
Komuniti luar bandar kini menjadi mangsa utama konflik yang kembali memuncak di kawasan sempadan yang masih dipertikaikan.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Kebangsaan, Leftenan Jeneral Maly Socheata berkata, kira-kira 35,800 penduduk dari wilayah Oddar Meanchey, Preah Vihear, Pursat dan Banteay Meanchey dipindahkan.
Beliau memaklumkan lima anggota tentera Kemboja dan lapan orang awam terbunuh, manakala 21 tentera dan 50 orang awam cedera sejak pertempuran bermula.
Ramai penduduk kini berlindung di biara-biara dan kem sementara yang ditubuhkan oleh kerajaan Kemboja di zon selamat.
Di wilayah Pursat yang bersempadan dengan Thailand, sekitar 350 keluarga dipindahkan ke kawasan selamat yang menyediakan kemudahan asas seperti air bersih, bekalan makanan dan perkhidmatan perubatan.
Socheata mendakwa bahawa tentera Thailand terus melancarkan serangan melangkaui zon asal konflik sejak pagi Sabtu.
“Pencerobohan Thailand kini merebak ke beberapa wilayah lain di Kemboja.
“Pasukan Thai melancarkan lima peluru artileri ke kawasan Thma Da, daerah Veal Veng, wilayah Pursat,” dakwa beliau.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja memaklumkan bahawa setakat pagi Sabtu, sebanyak 488 sekolah di Oddar Meanchey, Banteay Meanchey, Preah Vihear, Koh Kong dan Pursat ditutup berikutan konflik yang berterusan.
Beberapa wilayah sepanjang sempadan Kemboja–Thailand kini menjadi “titik panas”, apabila insiden tembak-menembak antara kedua-dua pihak mengancam keselamatan penduduk awam.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager