ELAK KE AIR TERJUN LATA BAYU, CUACA TIDAK MENENTU – APM
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menasihati orang ramai supaya tidak mengunjungi kawasan air terjun Lata Bayu, Asam Jawa di Baling buat sementara waktu berikutan cuaca tidak menentu selain berada dalam fasa peralihan monsun pada masa ini.
Ketua Bahagian Operasi Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah (kanan) bersama anggota memeriksa peralatan bot menyelamat sebagai persediaan pasukan itu menghadapi Monsun Timur Laut di Pejabat APM Kota Setar, hari ini. — fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menasihati orang ramai supaya tidak mengunjungi kawasan air terjun Lata Bayu, Asam Jawa di Baling buat sementara waktu berikutan cuaca tidak menentu selain berada dalam fasa peralihan monsun pada masa ini.
Ketua Bahagian Operasi Bencana APM Kedah Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata air terjun Lata Bayu termasuk dalam senarai 39 lokasi rekreasi air yang dikenal pasti kawasan hot spot di Kedah berisiko tinggi berlaku fenomena kepala air.
Beliau berkata kejadian kepala air yang terbaharu berlaku di Lata Bayu itu pada 31 Ogos lepas setelah hujan lebat dengan dua mangsa wanita terperangkap dalam kejadian itu berjaya diselamatkan.
“Orang ramai perlu berhati-hati ketika mengunjungi kawasan rekreasi terutama air terjun itu untuk beriadah atau berkhemah kerana air terjun Lata Bayu juga antara lokasi panas berlaku aliran puing di daerah Baling,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata daerah Baling mencatatkan jumlah tertinggi lokasi rekreasi air yang berisiko untuk berlakunya kejadian kepala air iaitu sebanyak 11 lokasi, diikuti daerah Yan (enam lokasi) dan Sik (lima lokasi).
“Selain Lata Bayu, 10 kawasan lain berisiko di Baling ialah Kuala Kedua; Lata Bukit Hijau, Teratak Simpul; Lata Celak Iboi; Air Panas Ulu Legong; Lubuk Badak; Sungai Pam; Lata Baling; Lubuk Pedati; dan Lata Nering,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 1,100 anggota APM Kedah kini bersiap sedia untuk dikerahkan bagi menghadapi banjir kilat yang dijangka berlaku ketika fasa peralihan Monsun Timur Laut.
“Sebanyak 357 kawasan berisiko banjir dikenal pasti terutamanya di sepanjang Lembangan Sungai Muda, kawasan berisiko tumpuan juga melibatkan daerah Kulim; Baling; Kuala Muda; Bandar Baharu; Kota Setar dan Kubang Pasu,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests