Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA DIRASUK KETIKA DAKI BUKIT JUGRA

DALAM NEGARA

WANITA DIRASUK KETIKA DAKI BUKIT JUGRA

Seorang wanita disyaki dirasuk semasa mendaki Bukit Jugra Trail, Kampung Permatang Pasir, Banting, tengah hari tadi.

KUALA LANGAT: Seorang wanita disyaki dirasuk semasa mendaki Bukit Jugra Trail, Kampung Permatang Pasir, Banting, tengah hari tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar, kejadian melibatkan seorang wanita berusia 20-an yang sedang mendaki bersama lima ahli keluarganya.

“Bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.24 tengah hari sebelum menghantar anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat seorang mangsa wanita yang meracau disyaki dirasuk makhluk halus ketika sedang mendaki dalam jarak 3 kilometer dari tempat pendakian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa turun dengan selamat oleh anggota dengan menggunakan ‘strecher’.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading