Banjir yang melanda beberapa negeri hari ini, merekodkan empat lagi kematian yang melibatkan tiga wanita dan seorang kanak-kanak lelaki, dalam dua kejadian berasingan di Kelantan.
KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda beberapa negeri hari ini, merekodkan empat lagi kematian yang melibatkan tiga wanita dan seorang kanak-kanak lelaki, dalam dua kejadian berasingan di Kelantan.
Kejadian pertama yang meragut nyawa tiga beradik perempuan dilaporkan berlaku di Kampung Bendang Surau dekat Morak, Tumpat, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata mangsa Noor Fathiah Mohd Nadzir, 27; Sakinah, 29, dan Nurul Syazwani, 33, dikatakan sedang berjalan kaki mengharungi banjir di hadapan sebuah rumah, sebelum terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Dalam kejadian berasingan, seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tiga bulan, ditemukan lemas di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, kira-kira 1 tengah hari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Shapawi Stapa berkata mangsa dikatakan bermain di anjung rumah bersama kakaknya, sebelum hilang di kawasan rumahnya yang sedang dilanda banjir, sebelum kemudiannya mayat mangsa ditemukan timbul dan terapung di permukaan air.
Semalam, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu, dalam kejadian di Kampung Apal.
Mangsa Nur Hilwa Idris Mohd Haris Zaifan yang dipercayai terjatuh di dalam air banjir dan dihanyutkan arus, ditemukan terapung dalam parit kira-kira 20 meter dari rumah tempat mangsa dikatakan terjatuh pada kira-kira 3.40 petang.
Dalam pada itu, Tenaga Nasional Berhad dalam satu kenyataan hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri atau menyentuh pepasangan elektrik yang ditenggelami banjir, kerana dikhuatiri berlaku kebocoran arus.
TNB turut memaklumkan bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir akan diputuskan sementara bagi tujuan keselamatan, dengan penyambungan semula akan dilakukan sebaik ia selamat dilakukan.
Setakat malam ini, mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang terus mencatatkan peningkatan berbanding petang tadi, manakala di Johor menunjukkan sedikit penurunan dan tiada perubahan jumlah mangsa di Perak.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked