Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR: TIGA BERADIK MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK

DALAM NEGARA

BANJIR: TIGA BERADIK MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK

Seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena kepada dua adiknya yang turut berada di hadapan rumah.

TUMPAT: Tiga beradik perempuan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Morak, di sini pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari tadi melibatkan mangsa Nurul Syazwani Nadzir, 33, yang merupakan seorang guru di sebuah tadika bersama dua adiknya Sakinah, 29, dan Norfatihah, 27, meninggal dunia sebelum ditemui dalam keadaan terapung.

Lapor media tempatan, difahamkan salah seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena kepada dua adiknya yang ingin membantu kakaknya.

Salah seorang daripada jiran mangsa memaklumkan terdapat sambungan dawai yang pecah dan menyebabkan ada aliran elektrik pada tiang tersebut.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat Marzuki Awang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.12 tengah hari.

Katanya, sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu menyelamat mangsa.

“Kita melakukan kerja-kerja mengangkat mangsa selepas kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) datang memotong bekalan elektrik di kawasan berkenaan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: EMPAT LAGI MANGSA JADI KORBAN BANJIR – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading