Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ENAM PELAJAR CEDERA BAS SEKOLAH TERBABAS

DALAM NEGARA

ENAM PELAJAR CEDERA BAS SEKOLAH TERBABAS

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata bas dipandu lelaki berusia 61 tahun itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar sebatang pokok di bahu kiri jalan dan kemudian tergelongsor ke sebelah kanan jalan.

CHUKAI: Enam pelajar cedera selepas bas sekolah dinaiki terbabas di Jalan Sungai Mas-Padang Kubu, berhampiran kilang kelapa sawit Jalan Pelantoh, Terengganu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata kejadian berlaku kira-kira 6.50 pagi ketika 32 pelajar itu dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih, Terengganu.

Beliau berkata bas dipandu lelaki berusia 61 tahun itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar sebatang pokok di bahu kiri jalan dan kemudian tergelongsor ke sebelah kanan jalan.

“Dua pelajar terbabit kini dirawat di Klinik Kesihatan Seri Bandi manakala empat yang lain di Hospital Kemaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Razi berkata saringan air kencing mendapati pemandu itu bebas daripada pengaruh dadah dan kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu, katanya boleh menghubungi pegawai penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah menerusi talian 013-5214992 untuk membantu siasatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading