Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA PEKERJA WARGA ASING MAUT DALAM KEBAKARAN BILIK TRANSFORMER

DALAM NEGARA

DUA PEKERJA WARGA ASING MAUT DALAM KEBAKARAN BILIK TRANSFORMER

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Khairul Nizam Mohamad pada petang ini, mengesahkan mangsa yang maut merupakan masing-masing seorang warga tempatan dan Bangladesh.

MELAKA: Dua pekerja warga asing maut manakala dua lagi pekerja cedera akibat melecur dalam kejadian kebakaran bilik transformer sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tangga Batu, Melaka, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu Roslan Manas berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.08 pagi tadi dan operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Cheng.

Beliau berkata kebakaran itu melibatkan 40 peratus bilik transformer berkeluasan 20×50 kaki persegi di bahagian atas bangunan dua tingkat itu.

“Kejadian membabitkan empat mangsa termasuk dua lelaki dipercayai warga Bangladesh yang maut akibat terperangkap. Dua lagi pekerja berumur 30-an melecur, dan telah berjaya dibawa keluar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Khairul Nizam Mohamad pada petang ini, mengesahkan mangsa yang maut merupakan masing-masing seorang warga tempatan dan Bangladesh.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira lima jam untuk mengeluarkan mangsa yang rentung dari bilik transformer itu kerana ruang sempit dan risiko arus elektrik.

“Bomba perlu memastikan bilik berkenaan benar-benar selamat daripada arus elektrik sebelum dapat memasuki bilik tersebut dan identiti mangsa yang maut sedang dikenal pasti,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa merupakan pekerja kontraktor pelupusan bagi mengeluarkan sisa kilang yang telah ditutup awal bulan ini. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading