WASHINGTON, 26 Februari – Setelah
hampir dua tahun sejak kerajaan China menahan kira-kira sejuta etnik minoriti
Uighur di sekitar Xinjiang, sebahagian besar ahli keluarga mereka yang berada
di luar negara kini bersuara menuntut kepulangan mereka.
Etnik Uighur di luar negara mula bertanya status waris mereka – Foto Sinar Harian
Pada Ahad lalu, berpuluh ahli
keluarga etnik Uighur, Kazakh dan beberapa etnik lain yang ditahan tanpa
sebarang alasan munasabah di kem tahanan di wilayah Xinjiang, mengadakan
pertemuan di Washington dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran terhadap
jenayah kemanusiaan yang sedang berlaku di China ketika ini.
Dalam pertemuan berkenaan, Jawdat
yang turut terputus hubungan dengan ibunya berusia 52 tahun yang menetap di
Xinjiang, menggesa ahli keluarga etnik Uighur di AS agar mengumpul maklumat
berkaitan ahli keluarga yang telah terputus hubungan.
Ia bagi membolehkan maklumat
tersebut disampaikan kepada Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
mengenai Kehilangan secara Paksa dan Jabatan Negara AS untuk tindakan
selanjutnya.
Dalam pada itu, sebahagian besar
peserta yang hadir ke pertemuan itu mengesahkan ahli keluarga mereka menjadi
tahanan di kem sekitar Xinjiang, manakala yang lain terputus hubungan secara
total dan dikhuatiri telah meninggal dunia.
“Kami mahu meningkatkan kesedaran
tentang apa yang boleh berlaku kepada keluarga Amerika, ramai yang hadir adalah
warga AS,” kata Jawdat sambil menambah pertemuan sama turut diadakan serentak
di lapan negara lain termasuk Turki, Perancis, Jerman, Australia dan Kanada.
Abduwaris Ablimit, seorang chef
dari Boston pula berkata, pada awalnya dia takut untuk bersuara tentang ‘kehilangan’
ahli keluarganya kerana bimbang tindakan balas kerajaan China.
Menurut Ablimit, kali terakhir
dia mendengar suara ibu bapanya adalah menerusi mesej suara di aplikasi WeChat
yang dihantar pada bulan Julai 2017.
Sejak itu, Ablimit berasa bimbang
ibu bapa dan abangnya, seorang penyanyi pop terkenal Uighur, Zahirshah Ablimit
telah ditahan di kem tahanan.
Disember tahun lalu, kebimbangan
Ablimit menjadi kenyataan apabila Radio Free Asia (RFA) melaporkan seorang
pegawai polis di kampungnya mengaku terlibat dalam penahanan ibu bapa serta
abangnya.
Selepas hampir setahun gagal menghubungi ahli keluarganya, Ablimit mula bercakap kepada media dan konsulat AS di Beijing dan juga Shanghai.Dalam pada itu, Ablimit turut menerima ancaman daripada individu yang mendakwa dirinya adalah pegawai polis China, Ablimit digesa untuk berdiam diri berhubung kes keluarganya.
“Saya tidak lagi berasa takut, saya hanya mahu mencari kebenaran,” kata Ablimit yang hadir ke pertemuan khas di Washington itu.
Terdahulu, pihak berkuasa China
mendakwa kewujudan ‘kem pendidikan semula’ atau ‘kem vokasional’ di Xinjiang
adalah bertujuan untuk membantu golongan yang terdedah kepada aktiviti
ekstremisme agar mereka mendapatkan kemahiran bekerja.
Namun, bekas penghuni kem berkata
mereka ditahan dalam kem yang kotor, sempit dan dipaksa meninggalkan agama dan
menyatakan sumpah setia hanya kepada kerajaan komunis China.
Sinar Harian melaporkan daripada agensi berita AP bahawa penghuni kem turut tertakluk kepada indoktrinasi politik dan penyeksaan psikologi, tanpa sebarang hak mendapatkan bantuan undang-undang.
Selain Turki yang berkongsi ikatan budaya, agama dan linguistik bersama etnik minoriti Islam Uighur, kebanyakan negara Islam yang lain hanya berdiam diri berhubung kewujudan kem tahanan di Xinjiang, keadaan itu mungkin disebabkan kebergantungan ekonomi yang kuat terhadap China.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.