Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadap Sultan Brunei Darussalam Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman hari ini sempena lawatan rasmi beliau selama dua hari. – Foto Bernama
BANDAR SERI BEGAWAN – Beberapa cadangan baharu di dalam bidang
ekonomi dan perdagangan yang bermanfaat untuk Malaysia dan Brunei
dibangkitkan pada pertemuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di sini
hari ini.
Wan Azizah berkata ia termasuk cadangan mewujudkan kerjasama di
antara dewan perniagaan Malaysia dengan dewan perniagaan Negara Brunei
Darussalam.
“Ia merupakan usaha berterusan Kerajaan Malaysia yang
baharu dalam mengukuhkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi
dan strategik,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia.
Beliau yang tiba di sini pagi ini sedang dalam lawatan rasmi selama
dua hari di Brunei, yang merupakan salah satu dari lawatan pengenalan
beliau ke negara-negara Asean.
Beliau berkata sesi pertemuan
dengan Sultan Brunei telah dimanfaatkan untuk menyatakan dengan lebih
lanjut berkaitan dasar-dasar Malaysia di bawah pentadbiran Kerajaan
Pakatan Harapan.
Katanya beliau turut sependapat dengan Sultan
Brunei, bahawa hubungan Malaysia dan Brunei ketika ini berada ditahap
yang terbaik.
“Baginda menzahirkan bahawa baginda mempunyai
hubungan rapat dengan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan akan
berjumpa dengannya di mesyuarat Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 pada 5
Mac ini di Putrajaya,” katanya.
Wan Azizah berkata isu-isu
serantau yang melibatkan peranan Malaysia, seperti peranannya dalam
membantu pelarian Rohingya menerusi aktiviti kemanusiaan dengan
penubuhan Hospital ‘Medan’ Malaysia di kem pelarian Cox’s Bazar,
Bangladesh, turut disentuh dalam pertemuan itu.
Merujuk kepada
pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Brunei yang juga menteri
bertanggungjawab mengenai wanita, keluarga dan masyarakat, Mej Jen (B)
Datuk Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Abidin, Wan Azizah berkata antara
yang dibincangkan adalah usaha meningkatkan lagi kerjasama golongan
wanita dan belia antara kedua-dua negara.
“Kami juga
bertukar-tukar pandangan berkaitan amalan terbaik bagi dasar-dasar yang
dapat membantu golongan warga emas… ia termasuk (pandangan mengenai)
usaha-usaha yang telah dan boleh dilaksanakan bagi membantu persediaan
golongan wanita untuk menyertai pasaran tenaga kerja,” katanya.
Wan Azizah berkata beliau turut menawarkan kerjasama dari Malaysia untuk membantu Brunei dalam usaha berkaitan rehabilitasi golongan berkeperluan khas serta usaha memerangi jenayah siber lebih-lebih lagi yang melibatkan perlindungan kepada kanak-kanak. – SINAR ONLINE
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests