Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Filipina: Letupan dalam masjid ragut dua nyawa

DUNIA

Filipina: Letupan dalam masjid ragut dua nyawa

Filipina digegarkan dengan insiden letupan bom di gereja dan masjid – Foto Sinar Online

MANILA, 30 Januari – Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala empat lagi cedera apabila sebutir bom tangan meletup dalam sebuah masjid di bandar Zamboanga yang terletak di selatan Filipina, awal hari ini.

Menurut jurucakap tentera serantau, Leftenan Kolonel Gerry Besana, sebutir bom tangan dilemparkan ke dalam sebuah masjid, membunuh dua mangsa dan mencederakan empat yang lain.

Besana menambah, insiden berlaku ketika kesemua mangsa sedang tidur dalam masjid berkenaan.

Sinar Harian memetik laporan agensi AFP mengatakan insiden terbaharu itu berlaku selepas letupan bom berkembar di Gereja Our Lady of Mount Carmel di Pulau Jolo yang terletak wilayah Sulu.

Letupan Ahad lalu, yang didalangi militan Daesh itu mengorbankan 20 nyawa dan mencederakan 81 yang lain.

Masih terlalu awal untuk memutuskan jika insiden ke atas masjid itu adalah perbuatan balas dendam susulan kejadian di gereja Katolik terbabit.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading