Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM Palestin letak jawatan

DUNIA

PM Palestin letak jawatan

Perdana Menteri Palestin, Rami Al-Hamdallah – Foto Sinar Online

RAMALLAH, 30 Januari – Perdana Menteri Palestin Rami Al-Hamdallah dilaporkan menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden Mahmoud Abbas, hari ini

Sinar Online memetik laporan Reuters mengatakan peletakan jawatan beliau dilihat sebagai cabaran terbaharu terhadap usaha damai dengan Pergerakan Hamas yang mengambil alih kuasa di Gaza pada 2007.

Menurut kenyataaan rasmi yang dikeluarkan selepas mesyuarat Kabinet, sekiranya Presiden Mahmoud Abbas menerima peletakan jawatan tersebut, kerajaan pimpinan Al-Hamdallah akan terus menjalankan tanggungjawabnya sehingga kerajaan baharu dibentuk.

Terdahulu, Al-Hamdallah menawarkan diri untuk meletak jawatan susulan cadangan pembentukan kerajaan baharu oleh pergerakan Fatah Abbas, bertujuan untuk mengasingkan Hamas daripada senario politik Palestin.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading