Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Ijazah palsu: Eksekutif jualan didakwa

DALAM NEGARA

Ijazah palsu: Eksekutif jualan didakwa

C Vijayakumar mengaku tidak bersalah diMahkamah Sesyen Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang eksekutif jualan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan meminta rasuah membabitkan RM12,5000 bagi mengeluarkan sijil ijazah palsu Universiti Multimedia (MMU), tahun lalu.

C Vijayakumar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Sebelum ini dia didakwa meminta wang tersebut daripada pengadu sebagai upah mendapat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) MMU atas nama Mohd Amzar Hashim tanpa perlu mengikut prosedur pembelajaran yang betul, lapor Sinar Online.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat membeli-belah, Jalan IKRAM-UNITEN, Kawasan Institusi Bangi, jam 3.50 petang, pada 25 Januari 2018.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima rasuah RM1,500 daripada pengadu bagi tujuan sama di sebuah premis, Jalan Teknokrat 5, Cyberjaya, jam 3.10 petang pada 6 April 2018.

Pendakwaaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Asyraf Muhammed Tahir mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Muhammad Asyraf mencadangkan jaminan RM20,000 bagaimanapun peguam, Badrul Munir Mohd Bukhari memohon mahkamah membenarkan jaminan rendah atas alasan kerjasama penuh diberikan anak guamnya sepanjang disiasat.

Hakim, Mohd Sabri Ismail membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan memerintah passport lelaki itu ditahan di mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 20 Februari untuk sebutan semula kes.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading