23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Kampung Datuk Keramat meninggal dunia dalam kejadian kebakaran pada 14 September 2017.
KUALA LUMPUR, 29 Jan – Mahkamah Tinggi di sini, yang mendengar
perbicaraan kes pembunuhan 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
diberitahu terdapat kesan DNA seorang lelaki pada tong gas yang ditemukan di
pusat tahfiz itu.
Tong gas tersebut dipercayai digunakan untuk membakar bangunan
tersebut, dua tahun lalu, lapor Sinar Online yang memetik Bernama.
Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan
Siasatan Jenayah Bukit Aman Inspektor Mohamad Fairol Abu Bakar berkata DNA
milik seorang lelaki itu diperolehi pada bahagian kepala paip tong gas itu.
Saksi pendakwaan ke-37 itu bagaimanapun berkata, DNA lelaki itu tidak
sepadan dengan kedua-dua lelaki yang merupakan tertuduh dalam kes pembunuhan
itu.
“Berdasar laporan kimia, ya, benar (laporan DNA seorang lelaki telah
ditemui dan ia tidak sepadan dengan kedua-dua tertuduh),” katanya ketika
pemeriksaan balas peguam Haijan Omar yang mewakili kedua-dua tertuduh pada
perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah, hari ini.
Mohamad Fairol ketika kejadian bertugas sebagai Pegawai Penyiasat
Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju dan
bertanggungjawab sebagai pegawai khas mengendalikan barang kes berkaitan
kebakaran itu termasuk yang diperoleh di tempat kejadian, daripada mangsa dan
tertuduh.
Pada prosiding sama, saksi pendakwaan ke-38, Penolong Pegawai Perubatan
di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Muhd Yunus Muhamad Nor
berkata pada hari kejadian beliau telah mendaftarkan kesemua 23 mayat mangsa
kebakaran itu yang diterima dari 10.45 pagi hingga 12.30 tengah hari, pada hari
yang sama kejadian kebakaran itu berlaku.
“Selepas pendaftaran selesai, saya serahkan mayat kepada pegawai
perubatan untuk dibedah siasat,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan
Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz.
Saksi itu berkata bedah siasat ke atas kesemua mangsa dikendalikan
empat pegawai perubatan iaitu Dr S. Kunasilan, Dr Nurliza Abdullah, Dr Siew
Sheue Feng dan Dr Ahmad Hafizam Hasmi.
Dua remaja lelaki yang ketika kejadian berumur 16 tahun didakwa
bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz
beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini
antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 September 2017.
Kedua-dua tertuduh yang kini berumur 18 tahun masing-masing menghadapi
23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama
Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit
kesalahan.
Perbicaraan bersambung 18 Februari.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests