MAHKAMAH TINGGI KEKALKAN HUKUMAN PENJARA, SEBAT TERHADAP DA’I SYED
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap pendakwah selebriti Da’i Syed, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, bagi kesalahan merogol seorang wanita.
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap pendakwah selebriti Da’i Syed, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, bagi kesalahan merogol seorang wanita.
Hakim Adlin Abdul Majid juga memerintahkan hukuman itu bermula hari ini selepas menolak rayuan pembelaan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas Syed Shah Iqmal.
Dalam penghakimannya, Adlin berkata Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf menilai elemen kesalahan rogol dalam keputusan sebelum ini kerana pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya manakala pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah.
“Hakim Mahkamah Sesyen mendapati pembelaan tertuduh pada dasarnya bersifat penafian, dan terdapat percanggahan dalam keterangan yang diberikan oleh tertuduh berkenaan kejadian yang berlaku.
“Secara amnya, dapatan hakim berkenaan pembelaan tertuduh adalah dapatan fakta yang dibuat setelah meneliti keterangan-keterangan termasuk keterangan lisan oleh tertuduh sendiri… mahkamah atasan tidak seharusnya mengganggu dapatan fakta yang dibuat oleh mahkamah bawahan melainkan terdapat kesilapan yang jelas,” katanya.
Beliau turut menolak rayuan pendakwaan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh atas alasan tempoh pemenjaraan yang dikenakan adalah munasabah memandangkan tiada bukti kekasaran atau keganasan berlebihan semasa kejadian.
Peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, yang mewakili Da’i Syed, kemudian memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan atas alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan memberikan kerjasama sepanjang prosiding kes itu.
Mahkamah menolak permohonan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Maizatul Munirah Abdul Rahman membantah kerana alasan menunggu rayuan adalah tidak kukuh.
Pada 30 Ogos 2024, Syed Shah Iqmal dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah atas kesalahan terbabit dan Hakim Norazlin Othman memerintahkan bapa dua anak itu menjalani hukuman serta-merta.
Bagaimanapun, pada 20 Sept 2024 Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan pelaksanaan hukuman itu, yang telah berjalan selama 21 hari, ditangguhkan sehingga rayuan di mahkamah berkenaan selesai.
Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini pada 1.35 pagi 11 Sept 2019.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager