BEKAS PENGURUS KANAN SYARIKAT MULTINASIONAL DIDAKWA TERIMA, LUPUS WANG LEBIH RM1.4 JUTA
Seorang bekas pengurus kanan sebuah syarikat multinasional hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas dua pertuduhan menerima dan melupuskan wang berjumlah lebih RM1.4 juta milik syarikat Indonesia, tiga tahun lepas.
IPOH: Seorang bekas pengurus kanan sebuah syarikat multinasional hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan menerima dan melupuskan wang berjumlah lebih RM1.4 juta milik syarikat Indonesia, tiga tahun lepas.
Bagaimanapun, NV Vemal, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa secara tidak jujur menerima harta curi dalam akaun Maybank miliknya iaitu wang tunai berjumlah RM1,479,289.94 juta kepunyaan PT Parit Sembada, anak syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad, meskipun mengetahui wang itu adalah harta curi.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Vemal didakwa secara tidak jujur melupuskan wang tunai sebanyak RM1,082,005 dengan mengalihkannya daripada akaun Maybank atas nama tertuduh ke akaun sebuah syarikat sedangkan dia mengetahui wang itu milik PT Parit Sembada.
Dia didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Vemal didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di sebuah cawangan Maybank di Jalan Sultan Idris Shah di sini pada 29 Sept 2023.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zulqarnain Wan Asmira menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan beserta syarat tambahan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah kerana sebelum ini, dia dikesan berada di Indonesia.
Peguam Gurbachan Singh dan Aashwini Rajan, yang mewakili tertuduh, memaklumkan bahawa anak guam mereka kini tidak bekerja serta tidak mempunyai pendapatan namun tidak membantah jumlah jaminan yang dicadangkan selain bersedia menyerahkan pasport.
Mahkamah membenarkan Vemal diikat jamin sebanyak RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan, dan menetapkan 19 Mac ini sebutan semula kes.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager