Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU MABUK REMPUH PALANG KESELAMATAN ISTANA NEGARA

DALAM NEGARA

PEMANDU MABUK REMPUH PALANG KESELAMATAN ISTANA NEGARA

Seorang pemandu mabuk ditahan selepas merempuh palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Sumber: Media sosial

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu mabuk ditahan selepas merempuh palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kejadian berlaku pada 3.30 pagi semasa lelaki berusia 21 tahun itu memandu Toyota Vios dari arah Bukit Damansara. 

“Tiada  kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Kemalangan menyebabkan kerosakan pada bahagian depan kereta dan bollard pole serta barrier gate,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zamzuri berkata polis turut mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), merakam percakapan dan menjalankan ujian pernafasan pemandu dalam siasatan kejadian itu.

“Ujian mendapati kandungan alkohol dalam badan pemandu ialah 166 miligram per 100 mililiter darah, iaitu melebihi had dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata Pejabat Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan pemandu itu dituduh mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading