10 AJARAN SESAT DIKESAN AKTIF DI MALAYSIA – KP JAKIM
Ajaran sesat berkenaan tidak tertumpu kepada negeri tertentu, sebaliknya bergerak secara fleksibel mengikut kawasan yang dianggap selamat untuk mendapatkan pengikut.
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesan 10 ajaran sesat yang masih bergerak aktif di negara ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
Beliau berkata ajaran sesat berkenaan tidak tertumpu kepada negeri tertentu, sebaliknya bergerak secara fleksibel mengikut kawasan yang dianggap selamat untuk mendapatkan pengikut.
“Malah, ada antaranya yang beroperasi juga di luar negara. Dulu ajaran sesat ini kita boleh nampak. Tetapi sekarang ia datang dengan modul ataupun program motivasi,” katanya pada sesi taklimat khas bersama media di sini hari ini.
Sirajuddin berkata antara cabaran utama dalam menangani ajaran sesat ialah aspek pendakwaan, berikutan pengamal ajaran terbabit sering mengamalkan fahaman mereka secara sulit, sekali gus menyukarkan pembuktian dari sudut perundangan.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata JAKIM memberikan penekanan kepada pendekatan pendidikan dan pencegahan dengan memperluas sebaran maklumat kepada masyarakat mengenai ciri, amalan dan fahaman ajaran sesat, supaya orang ramai dapat mengenal pasti penyelewengan daripada ajaran Islam yang sebenar.
“Bukan sekadar nama kumpulan, tetapi amalan dan fahaman mereka perlu diketengahkan supaya masyarakat faham dan tidak terjebak,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa pendekatan tegas semata-mata tidak mencukupi untuk mengatasi masalah itu, sebaliknya usaha mendekati masyarakat secara harmoni dan memberi kefahaman lebih berkesan dalam jangka panjang.
“Apabila masyarakat faham bahawa sesuatu amalan itu salah, mereka akan menjauhinya. Kita bukan hanya melarang, tetapi memberi alternatif dan bimbingan,” katanya.
Dalam pada itu, Sirajuddin berkata JAKIM turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memantau penyebaran fahaman menyimpang di media sosial dan Internet.
“Tidak semestinya maklumat di hujung jari itu benar. Masyarakat perlu berhati-hati dan merujuk kepada pihak berautoriti seperti JAKIM atau pihak berkuasa agama negeri,” katanya.
Sirajuddin berkata usaha bersepadu antara agensi kerajaan, pihak berkuasa agama negeri dan masyarakat amat penting bagi memastikan fahaman menyimpang dapat dibendung secara berkesan demi menjaga kesucian akidah umat Islam.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked