Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika berucap pada ‘ASEAN-Japan Women Entrepreneurs Linkage Program’ semalam. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR – Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.3 bilion dalam 10
program keusahawanan wanita pada tahun lepas untuk meningkatkan penyertaan
wanita dalam perniagaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata,
program itu menyediakan latihan intensif dalam keusahawanan, sokongan eksport
dan bantuan kewangan kepada usahawan wanita.
“Program ini telah memberi manfaat kepada 364,052 penerima perusahaan
kecil dan sederhana (PKS),” katanya dalam ucaptama pada ASEAN-Japan Women Entrepreneurs’
Linkage Programme (AJWELP) semalam.
Menurut beliau lagi, di Malaysia perniagaan milik wanita membentuk 20.6
peratus daripada 907,065 jumlah PKS di Malaysia.
“Ini jauh lebih rendah daripada perniagaan milik lelaki dan daripada
jumlah itu, sebanyak 97.2 peratus wanita dalam sektor perkhidmatan,” jelas
beliau lagi.
Mengenai AJWELP, Wan Azizah berkata program tersebut akan mencapai
kejayaan yang besar dalam memperkasakan wanita di ASEAN berikutan ia kini dalam
tahun ketiga berturut-turut pelaksanaannya, lapor Sinar Online yang memetik
Bernama.
Dianggarkan sebanyak 61.3 juta usahawan wanita memiliki dan
mengendalikan perniagaan di ASEAN, menyumbang 9.8 peratus daripada jumlah
penduduk ASEAN.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Wira Dr Mohd
Hatta menyeru lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan sumbangan
PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Kementerian juga akan melihat kepada bidang dan sektor baharu untuk
mencapai sasaran sumbangan PKS sebanyak 41 peratus kepada KDNK menjelang 2020.
“Kami akan membawa perusahaan dan usahawan baharu, terutamanya usahawan
wanita dan kumpulan B40,” katanya.
Mohd Hatta berkata hubungan antara PKS dan syarikat besar masih lemah,
dengan PKS tidak mendapat manfaat berikutan mereka membuat pembelian daripada
syarikat.
“Kita perlu mengubah keadaan, dan kita memerlukan syarikat yang lebih
besar membeli daripada PKS tempatan, menyokong mereka dan akhirnya mencapai
sasaran 41 peratus menjelang 2020,” katanya.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager