GAJI MINIMUM RM1,500 SELURUH SEKTOR BERI KELEGAAN KEPADA PEKERJA – MUTC
Pembayaran gaji minimum RM1,500 kepada pekerja di semua sektor termasuk majikan yang mempunyai kurang lima pekerja, bermakna tiada lagi diskriminasi terhadap pekerja di sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang merungut kerana gaji rendah.
KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji minimum RM1,500 kepada pekerja di semua sektor termasuk majikan yang mempunyai kurang lima pekerja, bermakna tiada lagi diskriminasi terhadap pekerja di sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang merungut kerana gaji rendah.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Kamarul Baharin Mansor berkata lebihan gaji RM300 akan memberi kelegaan dan memberi kualiti hidup yang baik kepada pekerja.
Beliau berkata bermula hari ini pekerja di semua sektor akan menikmati gaji minimum RM1,500 tanpa mengira jumlah pekerja.
“MTUC mengharapkan pembayaran gaji RM1,500 akan meredakan ketidakpuasan hati pekerja kerana terbeban disebabkan kenaikan kos barangan. Lebihan RM300 sekurang-kurangnya dapat memastikan pendapatan pekerja meningkat tanpa melalui kerenah dan pelbagai alasan daripada syarikat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata MTUC juga menggesa Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengambil pendekatan proaktif melalui penguatkuasaan secara efektif berhubung perkara itu dengan pergi ke tempat kerja.
“JTK tidak hanya perlu menunggu aduan daripada pekerja untuk mengambil tindakan. Pekerja di bawah kontrak kerajaan di sekolah seperti pembersihan dan keselamatan adalah mangsa yang telah diketahui oleh JTK,” katanya.
Pada 27 Dis lepas, Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar berkata penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum (PGM) bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja ditangguhkan dari 1 Jan 2023 kepada 1 Julai 2023.
Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan yang dijangka menghadapi cabaran ekonomi serta kewangan pada 2023.
Katanya penangguhan tambahan selama enam bulan itu diharap dapat memberi peluang untuk mereka menyelaras dan mengimbangi keperluan kewangan.
Sebelum ini PGM 2022 telah berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked