Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU KOMPAUN PAKAIAN TIDAK SOPAN DI KELANTAN SELESAI

DALAM NEGARA

ISU KOMPAUN PAKAIAN TIDAK SOPAN DI KELANTAN SELESAI

Isu kompaun yang dikenakan terhadap seorang peniaga wanita bukan Islam berpakaian kurang sopan di Kelantan telah selesai dan ia tidak sepatutnya dipanjangkan oleh mana-mana pihak.

IPOH: Isu kompaun yang dikenakan terhadap seorang peniaga wanita bukan Islam berpakaian kurang sopan di Kelantan telah selesai dan ia tidak sepatutnya dipanjangkan oleh mana-mana pihak, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Beliau berkata ini kerana kompaun berkenaan telah dibatalkan selepas satu sesi perbincangan diadakan antara Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

 “Isu ini telahpun selesai dan saya harap kejadian sedemikian tidak akan berulang. Kita perlu menghormati Islam dan bukan Islam juga perlu dibela, itu semua dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan sesi lawatan kerja sekitar kawasan Fair Park di sini, hari ini.

Nga turut berkata bahawa tidak timbul isu campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam urusan pentadiran kerajaan tempatan seperti didakwa sesetengah pihak.

“Saya cuma ingatkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT), apabila kita menguatkuasakan undang-undang, jangan terlalu ghairah. Sebaliknya, kita harus memahami intipati dan semangat Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pada 26 Jun lalu, seorang wanita bukan Islam dikompaun kerana berpakaian tidak sopan dengan berseluar pendek di tempat awam.

Tindakan kompaun diambil kepada wanita berusia 35 tahun itu ketika pemeriksaan mengejut di kedainya di Jalan Merbau, Kota Bharu, Kelantan selaras dengan Seksyen 34(2)(b) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 2019.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading