DALAM cuaca dingin di malam hari, Samah al Awwad memeluk erat bayinya ke dada untuk mengelak si kecil kedinginan. Seketika selepas itu, dia turut terlena.
Limpahan fajar menyingsing membangunkan semula si ibu. Pada waktu itulah dia perasan ada sesuatu yang tidak kena di ribanya. Anak yang dipangku, kini keras dan tidak lagi bernyawa.
Apa yang berlaku pada Yasmeen itu, adalah kes terbaru kematian bayi di kem Rukban, di tenggara Syria yang kini terkepung.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, (WHO), separuh daripada 15 anak-anak pelarian yang mati kerana kesejukan kali ini membabitkan penghuni di kem berkenaan.
Bila Samah, 33 tahun, mengandung tahun lalu, dia dan suaminya, Masoud berharap mereka akan dapat pulang ke kampung halaman atau paling tidak keluar dari kem berkenaan untuk ke hospital. Malangnya perkara itu tidak pernah berlaku.
Masoud merenung baju bayinya yang meninggal dalam kedinginan di Kem Rukban, Syria.
Sejak Yasmeen dilahirkan satu setengah bulan lepas, pasangan berkenaan cuba mengharungi musim sejuk sebaik mungkin. Mereka tidur berganti-ganti dengan bayi bagi mengelak dia jatuh sakit kerana ketika dilahirkan, si kecil berdepan dengan masalah.
Ketika itu, ia hampir meragut nyawa anak manakala si ibu sendiri berada dalam keadaan koma selama 24 jam.
Pengalaman yang sama pernah dilalui pasangan Saqr dan Fadilah al Mouawad yang kematian kehilangan bayi mereka Basma, tiga setengah bulan kerana kekurangan zat makanan dan bekalan ubat-ubatan.
Cerita pasangan ini, bayi mereka tidak sepatutnya dilahirkan di kem Rukban.
Dia cuba mendapatkan bekalan ubat-ubatan dengan apa yang termampu dibeli dari peniaga di dalam kem.
Nasib anak mereka telah diadukan kepada pegawai kem dan sebahagian petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang datang mengagih bantuan tetapi beliau mendakwa telah ditipu.
Sejak kematian anak bongsu, Fadilah kini menumpukan perhatian kepada anak lelaki mereka, Mohammed dan Khaled.
Kedua-duanya juga berdepan dengan masalah sama, kekurangan makanan dan kelemahan sistem perlindungan badan yang menyebabkan badan mereka kurus dan cengkung.
Dia takut tragedi sama yang pernah dilalui sebelum ini berulang.
Kem Rukban yang menempatkan lebih 70,000 pelarian kali terakhir mendapat bantuan dari agensi PBB pada November tahun lalu, selepas laluan ke situ disekat tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya, sejak Januari 2018.
Bagi mendapat rawatan asas di klinik, penghuninya perlu menyeberang ke Jordan. Bagaimanapun ia bukan mudah kerana Amman menutup sempadannya sejak 2016.
Nasib pelarian di kem Rukban terus terkontang-kanting.
Sehingga kini kuasa besar seperti Rusia dan Amerika Syarikat sependirian dengan Jordan, yang lebih suka ia ditutup dari mencari penyelesaian untuk memberi bantuan kepada mereka yang tersepit.
*Razali Awang adalah Perunding Media Syria Care.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests