MAHKAMAH TINGGI TOLAK PERMOHANAN IBU ZAYN RAYYAN TANGGUH HUKUMAN PENJARA
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Ismanira Abdul Manaf untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan terhadapnya kerana mengabaikan anak lelakinya, Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lepas.
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Ismanira Abdul Manaf untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan terhadapnya kerana mengabaikan anak lelakinya, Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas mendapati tiada keadaan khas yang membolehkan mahkamah membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan dalam kes berkenaan.
“Setelah meneliti afidavit pemohon dan responden, juga hujahan bertulis kedua-dua pihak dan mendengar hujahan lisan, mahkamah membuat keputusan bahawa permohonan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman ini ditolak kerana mahkamah dapati tiada apa-apa keadaan khas untuk membenarkan (permohonan),” katanya.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Ali dan Ahmad Iqbal Azman manakala pembelaan diwakili peguam Haresh Mahadevan yang dibantu oleh Ramzani Idris serta Lavanesh Haresh.
Ismanira, 30, memfailkan permohonan itu pada 19 Nov lepas.
Pada 31 Okt lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ismanira selepas wanita itu didapati bersalah mengabaikan anaknya yang juga adalah kanak-kanak autistik sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Hakim Dr Syahliza Warnoh membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Beliau memerintahkan Ismanira menjalani hukuman penjara bermula 31 Okt lepas, selain menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin dan cagaran RM3,000.
Ismanira turut diarah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager