POLIS BONGKAR MAKMAL PROSES SYABU DALAM KEBUN DURIAN, 1.2 TAN DADAH DIRAMPAS
Polis membongkar makmal haram memproses syabu dalam sebuah kebun durian di Jalan Teluk Bahang, di sini selepas menahan tiga lelaki warga asing dan merampas 1.2 tan pelbagai jenis dadah bernilai RM38 juta dalam siri serbuan di Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad lepas.
BALIK PULAU: Polis membongkar makmal haram memproses syabu dalam sebuah kebun durian di Jalan Teluk Bahang, di sini selepas menahan tiga lelaki warga asing dan merampas 1.2 tan pelbagai jenis dadah bernilai RM38 juta dalam siri serbuan di Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata berdasarkan maklumat risikan, sepasukan polis JSJN Bukit Aman menyerbu sebuah unit kondominium di Jalan Gurdwara, George Town pada 20 Dis dan menahan tiga lelaki warga asing berusia 32 hingga 38 tahun.
“Dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun cuba melarikan diri dan dia telah terjatuh dari tingkat lima sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemeriksaan menjumpai 26 kilogram (kg) syabu serta pelbagai peralatan membungkus dadah.
“Polis kemudian menyerbu sebuah premis perniagaan di Taman Windmill, Jalan Gurdwara dan merampas 474 kg syabu. Premis itu dipercayai dijadikan lokasi untuk menyimpan serta membungkus dadah sebelum diedarkan,” katanya kepada pemberita di kebun durian yang dijadikan makmal memproses dadah di sini hari ini.
Beliau berkata polis seterusnya menyerbu kebun durian yang terletak kira-kira satu kilometer dari jalan utama sekali gus membongkar sebuah makmal memproses syabu dalam skala besar dan merampas 60 kg serbuk syabu, ketulan kristal disyaki syabu (54 kg), cecair syabu (574 kg) dan pelbagai peralatan memproses dadah.
Hussein berkata jumlah keseluruhan syabu yang dirampas itu adalah seberat 1.2 tan dengan nilai pasaran RM38 juta.
Beliau berkata siasatan polis mendapati sindiket itu menjalankan kegiatan berkenaan sejak Ogos lepas dengan tiga lelaki yang ditahan berperanan sebagai ahli kimia yang dibawa masuk bagi menghasilkan dadah tersebut.
Menurut beliau, lelaki tempatan itu pula berperanan sebagai koordinator menguruskan hal lokasi, tempat memproses syabu dan juga urusan tempat tinggal serta pengangkutan untuk tiga ahli kimia berkenaan dengan ketua sindiket berada di luar negara.
“Mereka telah membuat pagar tiga lapis di kebun durian berkeluasan 32 ekar (12.9 hektar) itu yang disewa sejak September lepas pada harga RM80,000 setahun, malah mereka juga telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekeliling kawasan tersebut,” katanya sambil menambah suspek turut membuat sambungan elektrik secara haram di kebun durian itu.
Beliau berkata sindiket memproses dan mengedar dadah antarabangsa itu membawa masuk bahan kimia serta peralatan memproses syabu dari luar negara dengan Malaysia dijadikan tempat memproses sebelum bahan terlarang itu diedar untuk pasaran tempatan serta luar negara.
Hussein berkata ketua sindiket memberi arahan dari luar negara untuk semua kegiatan mereka termasuk segala urusan pengedaran dan penghantaran bekalan dadah serta bahan kimia.
“Sindiket itu turut menggunakan beberapa kaedah untuk menghasilkan dadah berkenaan termasuk dalam bentuk cecair, serbuk dan kristal dengan ia dihasilkan mengikut lokasi syabu itu diedarkan.
“Kami juga berjaya mengesan taktik sindiket itu, yang juga pertama di negara kita, iaitu dengan cara melarutkan syabu ke dalam helaian fabrik sebelum dihantar melalui syarikat kurier antarabangsa bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata setakat ini, pihaknya mengesan tujuh bungkusan telah dihantar ke Australia dan Hong Kong dengan setiap satunya seberat 2 kg dan pihaknya percaya penerima bungkusan tersebut menggunakan bahan khas untuk mendapatkan syabu yang telah dilarutkan di dalam helaian fabrik berkenaan.
Hussein berkata polis turut menyita sebuah pacuan empat roda, sebuah mesin pengangkat, sebuah kereta Toyota Vios dan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) yang kesemuanya bernilai RM181,000 dengan ketiga-tiga mereka positif syabu manakala seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah di negara asal.
Kesemua mereka kini direman selama tujuh hari hingga 27 Dis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.