Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GARIS PANDUAN UMAT ISLAM DI RUMAH IBADAT DAN MAJLIS BUKAN ISLAM BERTUJUAN MEMATUHI ADAB, MEMELIHARA PEGANGAN AKIDAH

DALAM NEGARA

GARIS PANDUAN UMAT ISLAM DI RUMAH IBADAT DAN MAJLIS BUKAN ISLAM BERTUJUAN MEMATUHI ADAB, MEMELIHARA PEGANGAN AKIDAH

KUALA LUMPUR: Garis Panduan Penglibatan Orang Islam Dalam Majlis Sambutan Perayaan dan Upacara Kematian Orang Selain Islam Serta Kunjungan dan Penganjuran Majlis di Rumah Ibadat Selain Islam dibangunkan bertujuan bagi menggalakkan perhubungan sosial dan budaya harmoni di kalangan masyarakat majmuk berbilang agama di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. — Bernama

KUALA LUMPUR: Garis Panduan Penglibatan Orang Islam Dalam Majlis Sambutan Perayaan dan Upacara Kematian Orang Selain Islam Serta Kunjungan dan Penganjuran Majlis di Rumah Ibadat Selain Islam dibangunkan bertujuan bagi menggalakkan perhubungan sosial dan budaya harmoni dalam kalangan masyarakat majmuk berbilang agama di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata menerusi garis panduan itu orang Islam akan dapat menghadiri majlis perayaan atau upacara penganut agama lain dalam keadaan tertib, mematuhi adab serta memelihara pegangan akidah Islam.

“Garis panduan yang sedang dibangunkan itu juga adalah bersifat nasihat. Setelah ia dimuktamadkan nanti, garis panduan ini akan memandu dan merancakkan usaha Kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan dan membina sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat tanpa berasa bimbang atau salah faham daripada perspektif agama Islam.

“Ia secara langsung akan memastikan penganjuran dan penglibatan orang Islam dalam aktiviti-aktiviti tersebut tidak akan mencetuskan kontroversi atau menyentuh sensitiviti antara para penganut agama,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau garis panduan itu masih dalam proses libat urus bersama pihak berautoriti termasuk Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) dan akan diteliti secara komprehensif oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali ke-126.

Keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI akan diangkat kepada pertimbangan Mesyuarat MKI yang dipengerusikan oleh Sultan Perak.

Mohd Na’im berharap semua pihak tidak mempolemikkan isu berkaitan garis panduan itu sehingga menimbulkan keresahan awam kerana tujuan ia dibangunkan bagi memastikan penganjuran aktiviti berorientasikan keagamaan dilaksanakan secara tertib seterusnya menjadi satu daripada wadah berkesan ke arah pengukuhan keharmonian negara. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading