Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GENCATAN SENJATA DI GAZA DILANJUTKAN SELAMA DUA HARI

DUNIA

GENCATAN SENJATA DI GAZA DILANJUTKAN SELAMA DUA HARI

Qatar pada Isnin mengumumkan bahawa jeda kemanusiaan di Semenanjung Gaza akan dilanjutkan selama dua hari lagi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Sumber Gambar: AFP

GAZA: Qatar pada Isnin mengumumkan bahawa jeda kemanusiaan di Semenanjung Gaza akan dilanjutkan selama dua hari lagi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Jeda kemanusiaan selama empat hari yang berkuat kuasa pada Jumaat lalu dilaksanakan selepas pencerobohan rejim Israel terhadap wilayah yang dikepung sejak 7 Okt.

Sementara itu, Kementerian Luar dan Ekspatriat Jordan mengalu-alukan inisiatif berkenaan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Kementerian itu memuji usaha diplomatik Qatar dengan kerjasama Mesir dan Amerika Syarikat (AS) bagi mencapai tujuan ini.

Jurucakap Kementerian, Sufyan Qudah berkata kepentingan lanjutan berkenaan disifatkan sebagai langkah penting ke arah menamatkan perang di Semenanjung Gaza serta memastikan penyampaian bantuan kemanusiaan di semua kawasan terjejas.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 15,000 orang awam terbunuh, termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita manakala lebih 36,000 cedera.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading