PM THAILAND UCAP TERIMA KASIH KEPADA MALAYSIA BANTU BEBASKAN RAKYAT THAILAND DI GAZA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang membantu dalam rundingan berkaitan pembebasan tawanan rakyat negara mereka daripada konflik yang berlaku di Gaza, Palestin.
BUKIT KAYU HITAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang membantu dalam rundingan berkaitan pembebasan tawanan rakyat negara mereka daripada konflik yang berlaku di Gaza, Palestin.
Anwar berkata penghargaan itu dizahirkan semasa pertemuan bersama sempena lawatan kerjanya sehari di Sadao, Thailand hari ini.
“Perdana Menteri Srettha mengucapkan terima kasih khas kepada kita kerana bantuan kita sedaya (upaya) untuk menyelamatkan tawanan orang Thailand yang di bawah penguasaan Hamas.
“Saya kata kita hanya cuba setakat kemampuan kita, tetapi kebijaksanaan Hamas dan Mesir yang memberikan laluan kepada mereka (untuk tawanan Thailand bebas),” katanya pada sidang media di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam selepas lawatan kerja itu.
Terdahulu, memetik laporan media tempatan Thailand (Bangkok Post) melaporkan tiga lagi rakyat negara Thailand yang menjadi tawanan Hamas di Gaza telah dibebaskan yang sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan tawanan yang dibebaskan sebanyak 17 orang.
Sementara itu, menyentuh mengenai isu ketegangan di Selatan Thailand, Anwar berkata walaupun ia isu dalaman negara berkenaan, beliau berpandangan Malaysia bertanggungjawab untuk bekerjasama meredakan ketegangan itu.
Anwar berkata ia bagi menjamin keselamatan dan keselesaan hidup masyarakat di selatan Thailand untuk mereka mengamalkan cara hidup, agama dan budaya dengan tertakhluk kepada undang-undang Thailand.
“Saya lihat ada kesediaan Perdana Menteri Thailand untuk bersungguh-sungguh selesaikan (isu itu) dan kita hanya akan menjadi fasilitator untuk membantu usaha yang diketuai oleh mantan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli (Zainal Abidin), (dan usaha itu) akan diteruskan,” katanya.
Anwar mengadakan lawatan kerja sehari ke Sadao, Wilayah Songkhla dengan fokus untuk membincangkan isu berkaitan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand dengan Srettha.
Lawatan atas jemputan Srettha itu antara lain bertujuan bagi melihat kemajuan projek jajaran jalan menghubungkan pusat pemeriksaan ICQS Bukit Kayu Hitam di Malaysia serta CIQ Sadao, Thailand.
Anwar yang diiringi beberapa menteri, timbalan menteri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan turut mengadakan pertemuan empat mata dengan Srettha sebelum kedua-dua pemimpin kemudian melawat tapak titik pertemuan Projek Jajaran Jalan Menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao, yang merupakan projek dua hala yang sedang dilaksanakan Malaysia dan Thailand.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.