Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JUMLAH RAKYAT PALESTIN DITAHAN DI PENJARA ISRAEL MELEBIHI 7,000 

DALAM NEGARA

JUMLAH RAKYAT PALESTIN DITAHAN DI PENJARA ISRAEL MELEBIHI 7,000 

Sumber Gambar: AFP

RAMALLAH (Palestin): Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin mendedahkan jumlah tahanan rakyat Palestin di kesemua penjara Israel melebihi 7,000 orang, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Memetik kenyataan berbahasa Arab suruhanjaya berkenaan pada Ahad, WAFA melaporkan tentera Zionis Israel menahan lebih 3,200 rakyat Palestin dalam tempoh 8 Okt hingga 14 Nov, dengan angka tertinggi dari Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis.

Ini termasuk lebih 200 remaja dan kanak-kanak, 78 wanita selain ratusan orang sakit dan cedera yang masih memerlukan rawatan.

“Seramai 29 daripada 41 wartawan yang ditangkap masih dalam tahanan sejak 7 Okt,” menurut kenyataan itu.

Menurut WAFA, tentera Zionis Israel mula mempergiat operasi penangkapan di lapangan sehari selepas konflik Israel-Gaza memuncak pada 7 Okt, termasuk melakukan serbuan ke premis-premis awam, merosak dan memusnahkan rumah penduduk di Gaza selain memukul keluarga tahanan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading