Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BELIA PALESTIN BANTU BERSIH KOMPLEKS PERUBATAN AL-SHIFA

DALAM NEGARA

BELIA PALESTIN BANTU BERSIH KOMPLEKS PERUBATAN AL-SHIFA

BANDARAYA GAZA: Golongan belia Palestin pada Ahad melancarkan inisiatif membersihkan Kompleks Perubatan Al-Shifa secara sukarela dan memulakan sebahagian operasinya dengan menyediakan perkhidmatan dialisis buah pinggang.

“Hospital itu telah mengalami kerosakan, inisiatif itu bertujuan membersihkan dan mensteril peralatan bagi membolehkan hospital itu beroperasi semula terutama perkhidmatan dialisis,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Ketua Pengarah Hal Ehwal Pentadbiran Kementerian Kesihatan Gaza Mahmoud Hammad.

Hammad berkata nyawa pesakit buah pinggang akan terancam jika mereka tidak menjalani dialisis.

Serangan yang menyasarkan Kompleks Perubatan Al-Shifa menyebabkan setiap kemudahan   termasuk peranti dan peralatan rosak.

Dalam perkembangan lain, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan 100 trak bantuan yang mengandungi makanan, air, susu formula dan selimut telah memasuki wilayah utara Semenanjung Gaza pada Ahad.

Terdahulu pada Ahad, PRCS turut mengumumkan penghantaran satu lagi konvoi bantuan terdiri daripada 50 trak dari Rafah menuju ke Bandaraya Gaza dan ke kawasan utara. 

Konvoi terbabit sarat dengan bantuan dan bekalan makanan, air minuman, ubat-ubatan dan bekalan kecemasan.

Jeda kemanusiaan selama empat hari di bawah pengantaraan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat berkuat kuasa pada Jumaat telah menghentikan sementara serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading