SAYA TAK HALANG ATAU LETAK SYARAT KETAT BERI PERUNTUKAN WAKIL RAKYAT – ANWAR
Beliau mahu peraturan dihormati iaitu Ahli Parlimen pembangkang perlu melakukan rundingan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof terlebih dahulu berhubung peruntukan pembangunan kawasan seperti kelaziman yang diamalkan dalam sistem demokrasi.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah menghalang atau meletakkan syarat ketat dalam soal pemberian peruntukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.
Anwar berkata beliau mahu peraturan dihormati iaitu Ahli Parlimen pembangkang perlu melakukan rundingan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof terlebih dahulu berhubung peruntukan pembangunan kawasan seperti kelaziman yang diamalkan dalam sistem demokrasi.
“… runding dahulu, saya tidak pernah meletakkan syarat atau prasyarat untuk menyokong Perdana Menteri… tak perlu ada syarat menyokong Perdana Menteri.
“Ada beberapa peraturan (runding soal peruntukan dengan kerajaan) yang dilakukan dalam mesyuarat yang lalu (ketika Pakatan Harapan menjadi pembangkang).
“Saya kadang-kadang) aneh, wakil (kerajaan terdahulu) yang berundingan dulu kini di sebelah sana (pembangkang)… dia tahu prosesnya berapa kali berunding, tapi sekarang macam tak tahu langsung,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) berhubung peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang yang masih belum dimuktamadkan.
Perdana Menteri berkata sehingga kini belum ada rundingan secara rasmi berhubung peruntukan itu dilakukan oleh blok pembangkang.
“Justeru saya tegaskan YB Arau, soal peruntukan tak usah dipanjangkan… runding dengan baik dan selesaikan, tiada syarat ketat.
“Saya dengar kempen-kempen (pembangkang) maki hamun saya, (tuduh) Perdana Menteri tak guna, minta sokong baru beri peruntukan… saya tak pernah sebut begitu,” kata beliau.
Anwar menyifatkan tidak munasabah jika pembangkang enggan mengadakan rundingan sedangkan mereka sendiri mahukan adanya semangat kerajaan-pembangkang yang demokrasi.
Perdana Menteri turut menempelak kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) ketika mengajukan soalan tambahan yang mendakwa Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan.
Ini selepas seorang lagi Ahli Parlimen pembangkang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) mengumumkan sokongan kepada Anwar ketika sidang Dewan Rakyat.
Syed Abu Hussin menjadi wakil rakyat pembangkang kelima daripada Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Anwar berkata ketika Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, tiada peruntukan diberikan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.
“Masa mereka (pembangkang) perintah (jadi kerajaan) harta Melayu mereka sakau banyak… ini kenyataan. Tiga tahun kamu dalam kerajaan, (bekas) menteri-menteri ada di sana (blok pembangkang), apa peruntukan yang diberi kepada orang lain dan pembangkang ketika itu? Mengapa dulu tak beri?” soalnya.
Menjawab soalan Takiyuddin mengenai isu peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang yang didakwa bertentangan dengan janji digariskan dalam dokumen tawaran manifesto PH pada pilihan raya umum lepas, Anwar berkata beliau masih berpegang kepada prinsip peruntukan yang adil.
“Ya betul (soal peruntukan adil kepada semua wakil rakyat) dalam dokumen Harapan, sebab itu saya patuh kepada keputusan (peruntukan adil)… setakat yang saya bincang dengan Timbalan Perdana Menteri (Fadillah) tak pernah kata wajib sokong Perdana Menteri untuk dapat peruntukan.
“Ini bincang pun tidak tapi sombong bukan main…saya (dulu) sebagai Ketua Pembangkang, bila dipanggil jumpa, saya hadir. Sikap (pembangkang) itu mesti reciprocal (timbal balik),” kata Perdana Menteri.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.