MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KETIGA OPS IHSAN KE GAZA BERLEPAS 17 DIS
Persidangan Dewan Negara hari ini dimaklumkan bahawa misi penghantaran bantuan kemanusiaan ketiga Ops Ihsan ke Gaza, Palestin dijangka dilakukan pada 17 Dis ini.
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini dimaklumkan bahawa misi penghantaran bantuan kemanusiaan ketiga Ops Ihsan ke Gaza, Palestin dijangka dilakukan pada 17 Dis ini.
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata bantuan kemanusiaan itu akan membawa 60 tan barangan keperluan asas dengan kebanyakannya adalah barangan perubatan.
“Jadi saya ingin menjemput kepada mana-mana Ahli Yang Berhormat (Ahli Dewan Negara) ada kelapangan pada 17 Dis ini untuk sama-sama kita lancarkan dan melepaskan penerbangan ketiga bantuan kemanusiaan ini yang akan kita buat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Hussin Ismail yang bertanyakan langkah dan usaha Kementerian Luar untuk melaksanakan Hab Kemanusiaan Rakyat Malaysia (MHH) di sempadan Rafah, Mesir bagi melancarkan bantuan kemanusiaan dan sukarelawan Gaza.
Mohamad berkata Malaysia berjaya membuat penghantaran pertama melibatkan 20 tan barangan keperluan perubatan, barangan bayi dan makanan yang tiba di Gaza pada 10 Nov lepas manakala penghantaran kedua membawa 16 tan barangan bantuan tiba di Mesir pada 11 Nov.
Sementara itu, Mohamad berkata Malaysia sekali lagi akan menyertai dan menyampaikan kenyataan negara pada Perdebatan Terbuka Peringkat Tertinggi berkaitan Situasi di Timur Tengah termasuk Persoalan Mengenai Palestin di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 29 Nov ini.
“Perkara ini jelas membuktikan Malaysia sentiasa memberikan sokongan padu kepada hak rakyat Palestin di semua platform dan pertubuhan antarabangsa agar kekejaman rejim Zionis dapat dihentikan dan rantau itu akan mencapai kedamaian berterusan,” katanya.
Beliau menjawab soalan Senator Musoddak Ahmad yang ingin tahu mengenai pendekatan lebih agresif oleh Malaysia dalam sebarang pertubuhan antarabangsa bagi menghentikan kemaraan rejim Zionis melalui serangan darat terhadap rakyat Gaza.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests