DUA LELAKI DITAHAN HINA AGONG, UGUT JENAYAH PERDANA MENTERI – KPN
Dua lelaki ditahan di Kelantan, masing-masing bagi membantu siasatan kes berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri melalui media sosial.
KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan di Kelantan, masing-masing bagi membantu siasatan kes berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri melalui media sosial.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kedua-dua lelaki terbabit yang merupakan warga tempatan masing-masing berusia dalam lingkungan 37 dan 34 tahun.
Tangkapan pertama ialah di Kota Bharu pada Ahad (26 Nov) melibatkan lelaki disyaki pemilik atau pengendali akaun Facebook ‘Che Mat Cik Po’ kerana memuat naik komen kecenderungan menghasut bagi mendatangkan kebencian atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.
Lelaki terbabit direman selama empat hari bermula semalam hingga 30 Nov bagi membantu siasatan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Razarudin berkata tangkapan kedua dibuat pada 28 Nov di Jalan Padang Tembak, juga di Kota Bharu melibatkan seorang lelaki dipercayai pemilik atau pengendali akaun TikTok @jaiadani89 berhubung hantaran berbaur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lelaki itu direman tiga hari mulai 28 hingga 30 Nov, katanya sambil memberitahu kedua-dua kes masih di peringkat siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Beliau berkata tangkapan pertama disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1984 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-mana raja dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.
Lelaki kedua pula disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain, katanya.
Sehubungan itu polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Polis turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam dan keselamatan negara melalui media sosial.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests